32

841 27 0
                                    

" Assalamualaikum " Ucap Bella Adriana menyedarkan semua orang dalam rumah agam itu

Hayder tidak mampu untuk berkata kata. Saat ini pelbagai rasa dalam hatinya. Tuhan, rindunya aku nak menatap wajah ini

" Ya Allah menantu mummy! Sayang rindunya mummy dekat Bella " Wanita tua itu mendakap erat gadis itu

Bella hanya membalas pelukan itu dengan senyuman manis. Dia tidak selesa dengan pandangan Hayder Iskandar. Pantas dia mengikuti langkah Puan Sri Marsitah ke ruang tamu

" Bella! Kau datang jugak! " Hawa Imani juga tidak ketinggalan mendakap tubuh rakannya erat

" Tahniah babe, sorry aku lambat " Bella berkata perlahan

Dia juga memberikan senyuman kepada Tan Sri Rafael, Zayn dan Darren

" Apa kecoh kecoh ni " Isyariana dari halaman belakang disertai Xavier. Jejaka kacukan itu mengangkat kening melihat kehadiran Bella. Baguslah, tidak si Hayder tu macam kucing hilang anak

" Hye excuse me, Malaysian so hot uh " Kehadiran jejaka matsaleh yang selamba di depan pintu itu menyentakkan Hayder

Terlihat seorang bayi lelaki yang terlena di dalam gendongannya. Hayder mengamati wajah itu, begitu seiras dengannya

" Err, ni kawan Bella. Eric Benjamin " Dengan segan Bella memperkenalkan jejaka itu. Yelah suka hati je kutuk negara orang

" Hayder, ajak lah dia masuk sekali " Puan Sri Marsitah mempelawa walaupun sejujurnya dia agak kurang senang dengan jejaka itu. Dia berharap hubungan Bella dan Hayder berbaik tanpa gangguan

" Oh, so this is Hayder Iskandar? " Keningnya diangkat sebelah melihat Hayder atas bawah

Hayder pula mencebik. Menyibuk aje, nasib kau dah tolong jaga anak aku. Pintu sengaja ditutup sedikit apabila jejaka itu hendak melangkah masuk sehingga sedikit terhantuk. Jejaka itu membebel sambil mengusap dahinya

" Ops sorry buddy " Hayder dengan kedua tangan dikocek seluar melangkah ke sofa. Sempat dikerling sekilas riak si isteri seakan risau dengan jejaka asing itu

" Madam, can i have fresh orange please? I'm so thirsty " Minta Eric tanpa rasa malu. Tangannya dikipas kipaskan dengan gaya diva. Bella menggaru kepala yang tidak gatal

" Here don't have fresh orange, ayaq ketum only " Darren mengejek sebelum bahunya ditampar lembut oleh Hawa Imani

" Mummy it's okay, mummy duduklah biar Bella yang buat " Puan Sri Marsitah ingin menolak namun apabila mendapat petunjuk dari Hayder dia anggukkan saja

Bella melangkah ke dapur dan tanpa dia sedar, Hayder mengikutnya. Eric yang sedar pantas ingin menyibuk namun dihalang oleh Zayn

" You said you thirsty so you sit quietly, i worry if you die die " Ujar jejaka itu dengan tangan yang diangkat. Jejaka itu mencebik sebelum kembali duduk

__________________

" Welcome back, how's life? " Tegur jejaka itu dingin. Tiba tiba rasa ego kerana cemburu dengan Eric

" None of your business " Jawab Bella tidak kurang beku. Tangan masih menyediakan minuman. Tidak minat untuk melihat gerangan itu

" Of course it's mine, I'm your husband " Tegas dia berkata. Kejap asal speaking ni? Oh lupa penangan si matsaleh acah tu

" Mengarut apa awak ni? We're nothing " Bella berkara keras selepaa menghadap jejaka itu dengan amarah. Suaranya dikawal agar yang lain tidak dengar

" No, you're still my wife. Abang tak pernah lafaz perkataan tu lagi " Abang? Tch. Bella seakan nak muntah dengan perkataan itu. Bukan kah jejaka itu jijik untuk digelar sebegitu?

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now