28

837 29 1
                                    

Suasana dalam bilik wad itu sunyi. Bella Adriana meminta untuk bersendirian. Selepas kejadian di bangunan lama itu, dia juga dimasukkan ke hospital kerana dirinya pengsan selepas melihat tubuh kaku Darren dan Dato Emir

Dia risau akan kandungannya, perkara yang berlaku menyebabkan dia semakin tertekan. Syukur bayinya masih selamat cuma.. dia risau jikalau Xavier memberitahu kepada Hayder. Jejaka kacukan itu yang menguruskan dirinya sepanjang dia di dalam bilik wad ini

Hayder juga ditempatkan di dalam bilik wad kerana kekurangan darah akibat tembakan dibahunya. Buat masa sekarang dia tak mahu berjumpa dengan suaminya itu

Apa lagi selepas ini? Mama sudah meninggal, Papa pula ditembak depan matanya sendiri. Tidak sempat dia merasakan kasih sayang ayah. Jujur, dia bencikan lelaki tua itu kerana menghancurkan hidupnya dan lebih parah lagi membunuh mamanya

Mana dia tahu? Dia paksa Xavier untuk ceritakan semuanya tentang apa yang dilakukan oleh Dato Emir sepanjang dia hidup tanpa seorang bapa. Walaupun berat hati untuk menerima, dia tetap maafkan lelaki tua itu

Mungkin lepas ini, Hayder pula yang akan meninggalkannya, eh tidak.. dia yang akan pergi jauh dari hidup Hayder Iskandar. Mana mungkin dia sanggup menatap wajah suaminya itu lagi setelah apa yang dia lakukan

Pintu bilik itu direnung lama. Bilalah dia boleh keluar ni? Haraplah Xavier tidak datang menjenguknya dalam masa terdekat. Tiba tiba sosok gadis muncul sebaik pintu dibuka

" Babe! Kau dah boleh discharge " Sapa Hawa Imani ceria. Xavier yang meminta Hawa untuk menemankan Bella kerana gadis itu enggan berjumpa dengannya dan Hayder buat masa sekarang

Tetapi tanpa pengetahuan Xavier, Bella sudah membuat permohonan untuk keluar dari hospital segera. Dan permintaannya dipersutujui kerana keadaanya yang sudah stabil. Nasib lah ada Hawa

" Aku stay rumah kau kan? " Soal Bella berharap. Hawa Imani mengangguk teruja

Sedikit sebanyak Bella sudah ceritakan pada dia tentang apa yang berlaku. Jujur dia terkejut dan simpati dengan nasib yang diterima oleh sahabatnya seorang ini

____________________

Hayder mencelikkan mata dari lena. Mata menganalisis keadaan sekeliling, oh bilik wad. Dilihat bahu kananya yang sudah berbalut. Dan matanya terhenti pada wajah jejaka kacukan yang setia menemaninya di sebelah

" Morning " Dia tersenyum menayangkan sebaris gigi putihnya. Hayder tidak membalas

" Darren.. " Jejaka itu mengumam perlahan sebelum mendengar keluhan Xavier. Seketika dia teringat lagi

" Isteri aku mana? " Tidak terlihat bayang Bella sejak dia sedar

" Kau nak makan? " Xavier cuba mengubah topik

" Dia okay kan? " Hayder faham apa maksud Xavier. Yalah mana mungkin gadis itu mahu melihat wajahnya lagi

Xavier mengangguk. Dia sendiri tidak mahu masuk campur urusan pasangan suami isteri tersebut cuma dia berharap semuanya akan baik baik saja

Tuk tuk

Bunyi ketukan pintu menyentakkan mereka. Dua orang anak buah mereka yang lengkap bersuit hitam melangkah masuk

" Get well soon Tuan Muda " Sapa mereka berdua penuh hormat kepada Hayder. Jejaka itu mengangguk sekilas

" Master, Darren's dead body is ready " Ringkas pesanan salah seorang dari lelaki yang diarahkan oleh Xavier untuk memberi maklumat mengenai Darren

Xavier mengangguk. Faham lah dia bahawa tiba masak untuk melihat sahabatnya itu buat kali yang terakhir. Pandangan ditujukan kepada Hayder

" Nak ikut? " Mendapat anggukan dari Hayder, Xavier membantu jejaka itu untuk bangkit

" Boleh jalan? Nak aku dukung? " Dua orang buah mereka hanya diam. Kalau mereka hamburkan tawa memang tamatlah riwayat mereka

Hayder menggeleng, tahu Xavier serious. Mereka tiada masa untuk bergurau saat ini kerana sama sama terkesan dengan kehilangan sahabat mereka

" Jom " Hayder yang elok berdiri sambil memegang bersama tiang iv drip itu di pimpin Xavier ke luar bilik

___________________

" Silakan " Nurse yang berada dalam bilik itu mempelawa mereka untuk mendekati tubuh yang ditutup dengan selimut putih

Hayder menyelak perlahan selimut itu dan menatap seraut wajah tenang sahabatnya. Xavier pula berdiri di belakang menyaksikan dengan mata yang berkaca

" Bro, kau hensem " Hayder ketap bibir, cuba menahan esakan

" Aku... Aku nak minta maaf dengan kau "

" Terima kasih sebab tetap tolong aku. Aku rindu nak marah lawak bodoh kau Ren, aku rindu persahabatan kita yang dulu "

" Ren, kitorang tak lengkap tanpa kau.. tolonglah bangun " Air matanya sudah menitis. Dia tahu mustahil jejakan itu akan hidup semula

" Kau kan nak banglo, dulu aku janji nak belikan kau buggati chiron kan? " Dia menangis

" Kau nak sangat kereta tu. Aku tak boleh terima Ren kalau kau tak sempat merasa impian kau " Dipeluk erat tubuh kaku itu

" Uhuk! Ketat sangat kau peluk aku ni! " Sesaat Hayder melihat wajah jejaka yang dipeluknya

Pipinya ditepuk berulang kali melihat sahabatnya itu tersengih. Dia menoleh ke arah Xavier namun pantas jejaka kacukan itu melarikan pandangan sebelum bersiul

" Comel nya kau nangis " Darren mencium pipi Hayder sekilas

" BABI !!! KAU FIKIR LAWAK KE SIAL? " Hayder menjerkah. Darren terdiam manakala Xavier sudah gelabah

" Aku tak tahu apa apa dia yang plan " Xavier mengangkat kedua tangannya ke atas

" Ish kau ni backup lah aku ! " Darren mula gelisah apabila Hayder mengamuk

" Sampai hati kau Ren " Hayder kembali memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Bersyukur jejaka itu masih hidup. Lantaklah malas dia nak marah, tahu rakannya masing masing ada perangai tersendiri

" Hehe nasib dah tak marah " Darren tersengih

" Macam mana kau boleh hidup? " Hayder menyoal

" Aku pakai baju bulletproof, tahu orang tua tu mesti akan buat benda gila " Dia menjelaskan. Xavier dan Zayn juga tahu rancangannya untuk mengenakan Hayder sebab itu mereka tidak sedih berlebihan. Hayder mengangguk faham

" Zayn mana V? " Dia bertanya

" Dekat markas uruskan betina tu. Tapi sayang, orang tua tu dah mampos pula. Tak dapat lah nak seksa dia " Panjang Xavier berkata

Hayder tersenyum. Baguslah mereka berempat kini sudah bersatu semula. Pasal Syasya tu tahulah dia nak buat apa. Sekarang ada yang lagi penting, isterinya. Seketika dia mengeluh

" Bye the way betul ke kau nak belikan banglo and buggati kat aku hshsh " Darren mengusap tangannya seolah olah gatal bersama sengihan

" Ha yelah " Hayder menjeling. Pantang aku sebut dia ni

" Wah! Sayang kau Matder " Tubuh Hayder dipeluk erat. ' Matder ' adalah panggilan Darren untuk Hayder dari dulu

Xavier pula membuat muka menyampah. Kalau tahu macam ni, aku pun nak kena tembak olok olok juga ish!

" Tuan Muda, Master, Chief " Panggilan dari anak buah Hayder menghentikan mereka dari bermesraan. Kening diangkat

" Isteri Tuan Muda dah discharge sebentar tadi "

Darren dan Xavier menatap satu sama lain sebelum melihat wajah sayu Hayder yang sedang termenung jauh

BERSAMBUNG

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now