25

1.2K 53 2
                                    

Darren termenung jauh melihat suasana diluar tingkap bangunan lama itu. Seketika dia mengeluh. Aku dah sampai jauh ke tahap ni tak mungkin aku rasa apa yang aku buat ni salah

Sejenak dia teringat memori lama. Hayder, Xavier, Zayn dan dia merupakan sahabat karib. Namun Hayder telah membuangnya seperti anjing kurap kerana satu salah faham

Kini tiba masa untuk dia membalas semula. Tch, aku dan sorang lagi dah khianat. Tinggal yang paling rapat dan paling kau percaya je Hayder. Tapi... adakah dia pun masih setia dengan kau?heh

" Termenung apa? Menyesal? " Sampuk suara lelaki tua itu menyentakkan Darren dari lamunan

" Tak akan " Keras dia berkata. Dato Emir tersenyum sinis sebelum menepuk bahu jejaka itu sekilas

" Jom mulakan seksaan diorang dah 'terhidang ' untuk kita "

" Pergi dulu aku menyusul kemudian " Arah Darren. Lelaki tua itu mengangguk sebelum melangkah
pergi

___________________

" Abang... "

" Waktu abang tidur je Bella boleh tatap wajah abang, usap rambut abang dan luahkan perasaan Bella "

" Abang... Bella tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah, jadi boleh tak kalau Bella nak minta daripada abang? Sikit pun Bella dah bersyukur sangat " Air mata gadis itu mula mengalir

" Bella tak tahu kenapa abang pilih untuk membenci Bella, tapi Bella redha sebab Bella sedar yang Bella ni tak layak untuk disayangi apatah lagi dicintai oleh abang "

" Abang boleh dapat yang lebih baik daripada Bella, sungguhpun Bella akan makan hati jika abang bersama dengan yang lain, Bella akan gembira melihat kebahagiaan abang " Tangisannya makin menjadi jadi

" Impian Bella untuk ke Jannah bersama abang, tapi Bella tahu perkara tu tak mungkin terjadi. Mustahil abang sudi untuk menjadi imam Bella "

" Abang... maafkan Bella kerana tak pernah berguna sebagai isteri dimata abang, maafkan Bella kerana muncul dalam hidup abang dan... maafkan Bella kerana mengemis cinta dari abang " Dia tersenyum mengutuk diri sendiri

" Bella teringin untuk hidup sebagai suami isteri yang bahagia dengan abang, teringin nak tengok abang azankan anak kita, teringin nak tengok abang semakin tua " Dia terkekeh kecil

" Semuanya terkubur. Jika ini pengakhiran cerita kita, Bella ikhlas lepaskan abang. Bella akan pergi jauh dari hidup abang, akan jaga anak kita baik baik, akan sentiasa doakan abang "

" Tolong jaga diri abang untuk Bella ya? Nanti siapa nak tengokkan abang? Takkanlah syasya gedik tu kot? Bella tak kesah jika abang lupakan Bella nanti.. itu yang terbaik dari abang terus membenci Bella. Selamat tinggal suami.. salam sayang, isterimu " Usapan di kepalanya terasa terhenti. Matanya cuba dicelikkan apabila tiada lagi suara lunak seorang gadis

Hayder terjaga dari lena. Dia melihat keadaan sekeliling, kosong dan putih. Matanya digosok lembut kerana disuluh cahaya. Dimanakah dia? Sekilas dia terlihat seorang gadis bersama jubah dan berselendang putih sedang tersenyum sambil melambai ke arahnya

" Rianne'? "

" Nak pergi mana? " Soalannya tidak terjawab. Pantas dia mengejar tubuh yang semakin menghilang itu

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now