22

1.7K 61 3
                                    

Bella Adriana memperlahankan langkah ketika sudah menjauhi hospital. Dia berjalan di lorong kecil sambil memegang kuat bag silangnya. Air matanya tidak berhenti mengalir kerana takut. Semoga Hayder dan Xaivier tidak menjumpainya

Namun jantungnya berdegup kencang apabila merasakan dirinya seolah olah diekori oleh seseorang. Dengan pantas Bella menoleh ke belakang namun tiada bayangan manusia disitu

Langkah kaki dilajukan dan semakin kuat bunyi derapan tapak kaki yang mengekorinya. Bella berdoa dalam hati sebelum menoleh lagi kebelakang namun masih kosong. Dia menoleh ke hadapan semula

" BAAA! " Bella terjerit kecil dan memukul jejaka dihadapannya

" Aduh sakitlah cupcake " Bella hentikan perbuatannya apabila mengenali suara itu

" Darren? Darren ish apa awak ni terkejut lah saya! " Air mata dilap dan dadanya diusap bagi menstabilkan nafas

" Sorry sorry. Awak buat apa sorang sorang sini bahaya lah " Darren tergelak kecil sebelum menyoal sirious

" Saya nak lari dari Hayder " entah mengapa dalam keadaan sebegini dia tidak boleh berfikir dengan baik

Terangkat kening lelaki itu sebelum tersenyum sinis. ' good choice sweetie '

" What? Awak gaduh dengan Hayder lagi ke? "

" Lagi? Mana awak tahu kitorang pernah tak okay " soal Bella agak curiga. Darren menggaru keningnya yang tidak gatal

" Saya teka sahaja hehe "

" Dia jahat Darren " Darren mengeluh. Wajah mulus gadis yang comot dengan air mata tidak berhenti mengalir itu ditatap

" Okay kita duduk dulu. Awak cerita apa yang jadi okay? "

Darren mendudukkan Bella di atas jalan minitar kecil itu sebelum dia turut bersila dihadapan gadis itu. Bella terkebil kebil melihat tindakannya Darren memerhati wajah Bella dengan penuh minat. Cute!

Sebenarnya dah lama Darren jatuh hati dengan Bella. Namun dia sedar bahawa gadis itu bukan miliknya. Argh kan bagus kalau dia yang dapat Bella dan bukan lah si Hayder tak guna itu!

" Dah jangan nangis. Saya akan tolong awak " tangan Darren mengesat air mata Bella namun ditepis perlahan oleh gadis itu. Darren tersengih tidak bersalah lupa pulak haram

" Bbetul ni? " polos Bella bertanya. Darren tergelak kecil. Comelnya dia.. rasa macam nak cubit je pipi tu

" Ceritalah "

" Saya takut dengan Hayder. Selama ni saya diam tapi sekarang saya dah tak sanggup nak hidup dengan dia " jawabnya perlahan. Darren tersenyum dalam diam. Ada chance ni. Ehek

" Oh dia selalu pukul awak ke? " Bella mengangguk. Tahu tidak sepatutnya dia buka aib suami tapi dia perlukan bantuan

" Hm. Saya nak pergi jauh dari sini " jari jemarinya bermain sesama sendiri

Darren terdiam. Oh no! Dia tak sanggup nak berpisah.. Huaa Mak! Bella nak lari macam mana ni

" But why? Awak dah fikir masak masak? " Soal Darren. Bella angkat bahu

" Saya nak tenangkan diri "

" Berapa lama? " batu batu kecil diambil lalu dibaling melepaskan kesedihan. Cehh over!

" Entah. Saya pun tak tahu. Selagi Hayder tak berubah mungkin "

" Oh. Saya boleh tolong awak. Tapi kalau ye pun awak jumpa la dengan Auntie Marsitah dulu nanti dia risau macam mana? "

" Tak nak saya takut Hayder cari saya disana. Saya nak kena cepat ni " Bella bangun dan menepuk debu di punggungnya

" Saya hantar, awak nak pergi mana? " Darren turut berdiri dan menatap wajah gadis itu

" Cutie! " Laungan Xaivier membuatkan Bella tersentak

" Xaivier... " pantas tubuh itu bersembunyi dibelakang Darren

" Kau buat apa kat sini? " Dingin Xaivier menyoal. Dapat Bella rasakan suasana dan aura tegang diantara mereka berdua

" Kira baik la aku temankan dia, daripada korang.. tch " Darren tidak kalah melawan tatapan tajam Xaivier

" Ikut I Bella jangan rumitkan lagi keadaan please " tiada lagi panggilan cutie bermakna Xaivier tidak boleh berlembut lagi

" Tolong jangan paksa saya Xaivier. Saya taknak balik kepada Hayder " wajah itu tidak henti mengalirkan air mata. Jejaka kacukan itu mengeluh

" Okay kita balik rumah Tuan Rafael. I jamin Hayder tak berani sakitkan you disana " Xaivier cuba memujuk gadis itu

Bella terdiam seperti sedang membuat keputusan. Akhirnya dia akur. Sedar bahawa dia tak akan mampu lari dari Hayder kerana lelaki itu amat licik. Tapi keselamatannya tidak terancam jika tinggal bersama keluarga lelaki itu kan? Mungkin.

" Baik. Terima kasih Darren sebab ada dengan saya tadi " senyuman tipis dihadiahkan kepada jejaka itu sebelum mengekori Xaivier

Darren hanya memerhati Bella yang semakin menjauh. Dia tersenyum nipis

' Andai berjodoh kita bertemu lagi '

___________________

" V! you buat apa kat sini? Hayder tak ada kat sinilah. Ke you rindu I? " Isyariana teruja melihat kehadiran jejaka setelah membuka pintu

Namun hampa apabila melihat susuk tubuh gadis yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Giginya terketap menahan geram

" Bella kenapa balik tak bagitahu mummy, mana Hayder? " Puan Sri Marsitah menyoal sebelum memeluk erat tubuh menantunya

" You, apa beza you dengan dengan angsa? " Sempat Isyariana menyelit pickup line namun tidak dilayan oleh jejaka kacukan itu sama sekali

" Mummy Bella nak tinggal sini " gadis itu menangis teresak esak dalam pelukan wanita yang agak berusia itu

" Kenapa ni sayang? Xaivier kenapa dengan Bella? "

" It was a long story Mummy " wajah ingin tahu ibu angkatnya dipandang dengan rasa bersalah

" Assalamualaikum. Woah look who's here " perbualan mereka terhenti dengan kehadiran Hayder bersama wajah sinisnya

Saat itu usah ditanya tubuh Bella menggigil atau tidak apabila wajahnya menjadi tatapan sang suami

BERSAMBUNG

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now