30

836 25 0
                                    

Silauan cahaya matahari dari tingkap kaca itu agak mengganggu lena si jejaka. Tangan meraba katil tercari cari pinggang ramping si isteri untuk didakap namun hampa

Matanya dicelikkan. Kosong. Seketika dia mengeluh, tiada lagi pemandangan indah setiap kali dia terjaga dari lena. Tuhan tolonglah... Dia terlalu rindukan gadis itu

Muka diraup sebelum tubuh disandarkan pada kepala katil. Hari harinya seperti biasa, termenung kosong. Hatinya telah dibawa jauh bersama gadis itu

Kini sudah dua bulan sejak kehilangan Bella Adriana. Kerana sibuk mencari keberadaan isteri, dirinya tidak terurus lagi. Sesaat iPhone dicapai untuk mengamati wajah si isteri yang pernah diambilnya senyap senyap

Air mata mengalir tanpa dipinta. Merasakan diri seperti manusia yang paling tidak berguna. Kesalahan kau pada dia terlalu besar Hayder, mana mungkin dia akan menerima kau semula

Menyesal. Perkataan yang mencengkam hatinya. Disebabkan ego dan dendam bodoh, dia menghancurkan kebahagiaanya sendiri. Tuhan, sekurang kurangnya izinkan aku meluahkan rasa cintaku padanya yang dia mahukan dulu

Hayder Iskandar. Dia mencintai Bella Adriana sebelum mereka berjumpa lagi. Sudah lama dia memerhatikan gadis itu. Namun, disebabkan Bella adalah anak Dato Emir, dia sanggup menyeksa gadis yang tidak bersalah itu

" Hayder, mari makan sayang " Puan Sri Marsitah menyedarkan dia dari kesunyian itu

Pilu hati seorang ibu melihat keadaan anak lelakinya yang seperti sudah tiada semangat untuk meneruskan hidup. Wajah yang dulunya tidak berperasaan kini berubah menjadi wajah yang penuh kesakitan

Hayder tersenyum nipis sebelum menyapu air matanya. Lelaki itu tidaklah tabah seperti yang dijangka, Hanya berpura pura kuat untuk menempuh harinya yang penuh dengan penderitaan

____________________

" Abang.. meh sayang suapkan nak? " Darren menghalakan sudu pada Hayder dengan bunyian ' aaa '

Dia cuba menghiburkan suasana hening di meja makan keluarga itu. Xavier juga melihat raut wajah Hayder, tiada sinar walaupun sedikit

Hayder hanya menurut, perlahan lahan dia mengunyah. Dia tidak bertenaga untuk melakukan apa pun

" Bagus. Macam ni lah shuben saya " Darren mengelap pipi Hayder yang sudah comot. Sengaja dia tonyoh tadi sewaktu menyuap jejaka itu

" Er mummy, Isya.. tak turun? " Xavier menyoal perlahan. Mata dari tadi menunggu kelibat gadis itu namun tiada

" Dia cakap nanti, macam biasalah " Wanita tua itu mengeluh. Anak anaknya masing masing sedang bersedih menyebabkan rumah agam itu hambar. Xavier mengangguk

___________________

" Sampai bila nak macam ni? Syarikat kamu tu makin merosot. Daddy faham keadaan kamu, tapi jangan sampai berlebihan " Tan Sri Rafael menasihati anaknya

" Betul tu bro, kitorang pun sedih tengok kau macam ni. Mana Hayder yang garang dulu? " Kata kata Zayn mendapat anggukan kecil dari Darren dan Xavier

" Bagi Hayder masa, maaf Daddy " Jejaka itu mengeluh

" Dah jom main dam ular! Siapa kalah, kena jalan itik " Darren bersemangat menghampar papan permainan di atas meja ruang tamu itu. Mereka bertiga yang lain hanya menurut

Tan Sri Rafael naikkan bibir sebelah. Nasib aku bela kau dari kecik adalah juga function dalam rumah ni. Dia bersyukur kerana 3 sekawan itu setia bersama Hayder

Ryan Xavier, dilantik sebagai ketua anak buah dan jejaka kacukan itu yang paling mengenali anaknya, Hayder. Darren Mikael, anak saudaranya itu menjadi penghibur suasana sejak kecil dan bijak mengatur strategi dalam suatu masalah. Zayn Malique, merupakan sahabat Hayder dari sekolah, pakar menguruskan hal berkaitan musuh

Ketiga tiga jejaka itu sudah dia anggap sebagai anak sendiri. Tanpa bantuan mereka, tidak mungkin keluarga ini mampu bertahan

__________________

" Isya, jangan lari dari aku " Xavier memerhatikan gelagat gadis yang sedari tadi tidak selesa dengan kehadirannya

Mereka kini di kolam ikan, tempat Isyariana meluahkan perasaan. Sengaja dia meminta Puan Sri Marsitah untuk memberitahu gadis ini bahawa dia sudah pulang. Jika tidak, jangan harap gadis ini akan keluar dari bilik

" Ada apa? " Dingin suara itu bertanya

" Ikan tu lagi hensem dari aku ke? " Cemburu dia melihat gadis itu hanya merenung ke dalam kolam ikan. Dia rindu untuk menatap wajah mulus itu

" Haah, hensem dan tak menyakitkan hati " Bohonglah kalau hatinya tidak berdebar, Xavier yang sekarang semakin banyak cakap dengannya

Kalau dulu jangan kata sepatah ayat, muka dia pun jejaka kacukan itu tidak sudi tengok. Ni tiba tiba renung aku bagai nak tembus dah kenapa

" Sweetheart, marah lagi hm? " Dia dengan selamba duduk disebelah gadis itu dan memeluk kedua lututnya bagi menyamai Isyariana

Mata masih tidak lepas menatap sang pujaan hati. Isyariana menjeling, sudah tidak waras agaknya mamat ni. Entah siapa sweetheart dia

" Itu je? Memang susahkan perkataan maaf nak keluar dari mulut you " Gadis itu merengus sebelum bangkit meninggalkan jejaka kacukan itu sendiri

" Layakkah aku untuk menerima kemaafan dari kau sweetheart? " Dia melihat bayangan gadis itu menjauh dan mengumam sendiri

Sedangkan dia sendiri tidak dapat menerima segala layanan kasar dan hinaan yang telah dia lemparkan pada gadis itu. Rindunya dia dengan telatah manja Isyariana yang selalu sahaja mengoratnya dulu. Dia tertawa kecil

_________________

Gadis itu menikmati udara segar di negara yang indah itu... Amerika. Jauh dia bawa diri semata mata untuk mencari ketenangan buatnya dan si kecil

Perutnya diusap sayang. Sesaat fikirannya melayang memikirkan seseorang. Sihatkah jejaka itu disana? Sudah pasti sedang berbahagia tanpanya bukan. Air mata mula menitis, Bella... cukuplah tangisan kau untuk dia.

Baru sahaja dia mahu melangkah pulang, tiba tiba tubuhnya dilanggar kecil oleh seorang jejaka. Coffee yang dipegang jejaka itu terpercik sedikit ke bajunya

" Sorry miss, my mistake " Jejaka itu bersungguh memohon maaf

" It's okay sir " Bella tersenyum sambil mengeluarkan tissue dari handbagnya

" Really? I feel so bad " Bella ketawa kecil. Haih matsaleh ni baru tumpahkan sikit dan rasa bersalah, dia tak tahu dekat Malaysia lagi teruk aku kena

" I'm fine, truly " Bella tersenyum manis membuatkan jejaka itu terpegun

" Sorry to say, you're so pretty " Ujar jejaka itu perlahan. Bella masih senyum, aku ni bini orang lagi derrr

" Got to go " Bella meminta diri

" Wait! Can we be friends? " Jejaka itu berharap. Bella terdiam sejenak sebelum akhirnya mengangguk

" Thank you! I'm Eric Benjamin, you? " Ucap jejaka itu riang sekali

BERSAMBUNG

3 chapter left before ending yeayyy!

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now