27

1.4K 59 1
                                    

Keadaan dalam ruangan itu hening, menanti perkara seterusnya yang akan berlaku. Darren mengalu alukan Dato Emir yang sedari tadi bersemangat untuk menghabiskan permainannya

" Ada kata kata terakhir Hayder? " Dato Emir menghalakan pistolnya tepat ke arah jejaka yang sudah lemah semangat

Hayder tidak peduli, saat ini yang dia mahukan hanyalah kemaafan dari seorang isteri. Xavier juga tak mampu melakukan apa apa kerana Darren juga sedang menghalakan pistol ke arahnya

Sekilas dia melihat Zayn juga turut bersedia untuk menembak salah seorang daripada gadis yang masih terikat di kerusi. Jejaka kacukan itu hanya berharap anak buah Hayder cepat sampai atau mereka berempat mungkin tidak akan selamat lagi

" Hayder... don't surrender " Perlahan Xavier berkata. Sahabatnya itu seperti di dalam dunia sendiri

" Aww ini ke persediaan kau untuk ke neraka? " Dato Emir ketawa terbahak bahak melihat keadaan Hayder. Picu pistol ditarik sebagai tanda bersedia untuk melepaskan tembakan

Klik

Klik

Dato Emir mengerutkan kening. Aik? Kenapa bunyi picu ni dua kali.. dekat dengan kepala aku pulak tu? Sesaat dia tersentak apa bila terasa muncung pistol berada di belakang kepalanya

" Ke kau yang akan ke neraka hm? " Semua di dalam ruangan itu terkejut

Darren. Darren yang menghalakan pistol itu kepada Dato Emir

Kemudian, Zayn juga dengan pantas menghalakan pistolnya kepada Syasya. Anak beranak itu terkejut besar dengan apa yang sedang berlaku

Hayder dan dua gadis yang diikat juga tidak kurang keliru dengan perkara yang dilihat mereka. Mana satu sebenarnya ni?

" Apa yang korang buat ni hah?! " Dato Emir menjerit dengan jantungnya berdegup kencang kerana risau jika Darren betul betul melepaskan tembakan

" Zayn! You gila ke?! " Syasya juga turut menjerit. Patutlah dari awal dia tidak diberikan pistol. Hanya pisau rambo sahaja

" Tch, apa yang aku dapat kalau aku bekerjasama dengan kau orang tua? " Beku nada Darren berkata

" Bodoh, kuat betul kau siku aku tadi bangang! " Marah Xavier yang sedari tadi meringkuk kini bersila sambil menepuk nepuk debu di bahunya. Darren tersengih tidak bersalah

" Sorrylah aku in character, kena lah nampak jahat "

" Apa benda korang ni? " Hayder akhirnya bersuara. Pening kepala dia

" Kitorang plan baik punya untuk kau tahu? Nanti belanja ferrari " Zayn menjawab

" Eh aku ketua, aku nak banglo sebiji " Darren menjeling Zayn

" Korang semua memang sial! " Dato Emir berkata keras

" Kau tu yang sial, sebabkan kau.. Hayder buang aku! " Pantas Darren menghentak kepala Dato Emir kuat sehingga lelaki tua itu tidak sedarkan diri

" Daddy! " Teriak Syasya. Namun dia tak mampu untuk bertindak

" Hehe I'm the hero here! " Darren berdiri di tengah tengah ruangan itu dan menepuk dada bangga

" Jangan jadi bodoh cerita semua sekarang " Darren mendecit apabila dimarah oleh Hayder. Tak kasi chance langsung

" Aku tak pernah khianat kau Hayder, Orang tua ni yang rancang semuanya.  Nasib baik bapak kau sponsor 10juta lepas kau halau aku dari syarikat tu " Bersungguh Darren bercerita

Ya. Tan Sri Rafael juga turut bersubahat dengan Darren untuk menyiasat kes pembunuhan Anak lelaki sulongnya, Hayden. Nak harapkan Hayder? hm Anaknya yang sorang ini suka membuat keputusan terburu buru tanpa siasatan dahulu. Entah keras kepala ikut perangai siapa lah agaknya

Tan Sri Rafael tahu Darren difitnah oleh Dato Emir yang mereka cerita untuk memecah belahkan mereka. Dia kenal sangat jejaka itu.. dari kecik lagi Darren membesar dengannya

" Lepas je kau halau aku, aku terus cari jalan untuk buktikan yang aku tak bersalah, aku kononya bersubahat dengan orang tua ni sebab aku tahu ada rahsia yang dia sembunyikan. Sekarang semuanya dah terbongkar " Darren juga melihat ke arah Xavier

Pada awalnya Xavier juga membenci dia namun akhirnya jejaka kacukan itu bersetuju untuk berkerja sama setelah Darren menjelaskan rancangan Dato Emir

" Ayok Hayder kau nampak jahat dan bodoh kat sini " Usik Xavier sebelum mendapat makian dari Hayder

" Aku... aku " Hayder rasa bersalah dengan mereka semua. Ya dia tahu perangai dia teruk. Namun dia bersyukur kerana ketiga tiga orang itu masih bertahan dengannya

" Tak perlu minta maaf dah cepat settle aku nak makan nasi campur ni " Darren pantas melepaskan ikatan Bella dan Xavier juga turut melakukan perkara yang sama kepada Isyariana

Hayder masih lagi melihat raut wajah isterinya sebelum dia mengeluh. Dalam keadaan itu, tanpa sedar Dato Emir bangkit dan menggapai pistolnya

" Argh pergi mampos lah korang semua!!! " Dato Emir melepaskan tembakan kepada Darren sebelum melepaskan tembakan rawak ke arah Hayder

Hayder cuba mengelak namun tembakan itu terkena pada bahunya apabila dia cuba menyelamatkan Bella Adriana

Dengan pantas, Xavier menembak tepat di dahi lelaki tua itu hingga akhirnya dia sudah tidak bernyawa. Zayn pula memukul kepala Syasya supaya gadis itu pengsan

Buk

Semua mata melihat ke arah bunyi itu. Tubuh seorang jejaka terkulai disebabkan oleh dua butir peluru yang selamat di dadanya

" Darren!! " Hayder pantas merangkul tubuh sasa itu. Bella juga turut bercangkung di sebelah suaminya untuk melihat keadaan Darren

" Darren bertahan! Zayn call ambulance! "

Sakit dibahunya tidak terasa lagi. Yang lebih penting sekarang ini adalah nyawa sahabatnya itu. Kepala Darren di letakkan perlahan di atas pahanya sebelum ditepuk tepuk pipi jejaka itu

" Uhuk. Sa.. sayyang ju..gak..kau kkat akku.. kan? " Darren berkata perlahan menahan perit di dadanya

" Diam bodoh! Jangan tutup mata kau!!! " Hayder memberi amaran. Dia cuba menahan air matanya. Darren tersengih

" Der, jag..jaga.. be..lla.. tau? " Susah payah dia cuba mengungkap

" Akuu.. minta.. ma.. maaf sebab uhuk.. suk..sukakan.. iste..ri kkau " Kata kata itu membuatkan Hayder menggeleng. Dia tak kesah pasal cemburu saat ini dia cuma mahu Darren hidup!

" Bella, to..tolong jagakan.. Hayder un..ttuk say..saya. Se- semogga.. awak.. baha.. hagia.. " Bella sudah menitiskan air mata melihat keadaan Darren ketika ini

" V, Zayn.. akk..aku.. sayang.. kor.. korang " Jejaka itu tersenyum kecil melihat tubuh dua orang jejaka yang sedang berdiri dengan air mata

Darren ikut mengucap perlahan setelah Hayder menyebutkan satu persatu kalimah itu dengan hati yang sayu sebelum mata jejaka itu tertutup perlahan lahan

" Bro, Jangan pergi! DARREN MIKAEL!!! " Hayder menggoncang kuat tubuh lemah itu apabila tiada lagi pergerakan

Xavier dan Zayn hanya memandang sayu Hayder yang sedang menggogoi pada tubuh tidak bernyawa sahabat mereka. Bella turut teresak esak menangis

Bantuan yang tiba seakan sudah tidak membantu lagi apabila Darren menghembuskan nafas terakhir. Semoga kau tenang disana, Darren Mikael.

BERSAMBUNG

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now