33

994 31 2
                                    

Bella hanya melihat Eric Benjamin mencium pipi Hans sepuas puasnya. Eric memberitahunya bahawa jejaka itu mahu pulang ke Amerika kerana banyak urusan keluarga disana

Bella hendak mengikut Eric pulang kerana dia rindu akan Untie Emilia Benjamin namun ditegah jejaka itu. Entah mengapa jejaka itu memujuknya untuk memberi Hayder peluang

" Please send regards to mamma " Bella mengirimkan pesanan kepada Eric. Tak mengapa, nanti dia akan menjenguk wanita itu dimasa terluang. Jejaka itu mengangguk

" Ada jodoh, kita berjumpa lagi " Susah payah dia menyebut ayat itu, jejaka itu sudah google ayat perpisahan orang melayu. Bella tersenyum nipis

" Yah.. Yah tataaa " Hans melambai lambai tangan kecilnya. Kini tubuhnya sudah didakapan Hayder

" Take care of her " Eric Benjamin berbisik selepas bersalaman dengan Hayder Iskandar. Jejaka itu mengangguk. Sempat Eric mengusap kepala si kecil itu

" Free free, come here again " Darren memeluk erat tubuh Eric dengan ayat speaking yang ikut selamba badaknya diikuti Xavier dan Zayn

Bagaimana boleh rapat? Hm ceritanya lepas makan malam mereka sudah menjadi sahabat setelah Darren mengajaknya untuk bermain congkak. Kelima lima jejaka itu berborak panjang dan bergelak tawa bersama

" Sure " Eric tersenyum nipis kepada semua orang di dalam rumah agam itu sebelum melangkah ke kereta. Baru sehari dia sudah selesa dengan keluarga itu

—————————

Keadaan dalam kereta sunyi sepi. Bella hanya melihat keluar tingkap dengan wajah sebal. Jejaka disebelahnya pula dari tadi merenungnya tanpa henti. Rimas!

Flashback :

" Tak apa mummy, Bella stay hotel je sementara cari rumah baru " Gila dia nak tinggal dengan Hayder. Jejaka itulah sibuk ajaknya pulang

Aish Hawa pula dah kahwin, tak akanlah dia nak jadi tikus pulak dalam rumah Hawa dan Darren. Apa apa pun dia senang dengan kebahagiaan sahabatnya itu

" Tapi bahaya Bella, keluarga ni banyak musuh " Tan Sri Rafael bersuara setelah dicubit oleh Puan Sri Marsitah. Dia yang diam diam pun kena pujuk sekali

" Sayang, mummy faham Bella sukar untuk terima Hayder semula, mummy pun kecewa dengan sikapnya dulu. Tapi, semua orang layak diberikan peluang bukan? " Pujuk ibu mentuanya lembut. Bella mengeluh. Seketika dia menoleh kearah Hans yang sudah lena di atas riba Hayder. Si kecil untuk selesa bersama bapanya

End flashback

Dia hanya merenung Mansion mewah itu tanpa rasa teruja. Hayder pula mengangkat kening apabila si isteri masih tidak keluar dari perut kereta. Dia sudah meletakkan Hans di dalam bilik. Lena sungguh anaknya itu

" Nak basuh baju ke dalam ni? Masuk " Soal Hayder sarkastik. Bella menjeling

" Tak nak! " Gadis itu memeluk tubuh

" Tak baik lawan cakap suami " Hayder sudah menggunakan kuasa vetonya

" Eh jangan paksa boleh tak?! " Bella meninggikan suara

" Tak paksa Mi Amor, cakap elok elok ni.. " Pintu kereta masih dipegang

" I said no, biar je saya tido dalam kereta " Gadis itu masih lagi dengan ego

" Fine, tak nak kan? " Pantas tubuh kecil itu didukung gaya bridal style ke menuju ke pintu masuk

" Ish apa ni Hayder? Turunkanlah! " Rontaannya langsung tidak memberi kesan kepada Hayder

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now