Bunyi dentuman muzik dan cahaya malap mengundang perasaan gelisah dalam diri Leanna. Dia tidak menyangka bahawa dia akan menjejakkan kaki ke sini lagi. Setelah beberapa kali cubaan menelefon Erika, akhirnya panggilannya disambut. Erika memberitahu bahawa dia kini sedang berada di kelab malam tempoh hari.
Mendengar saja suara Erika yang mabuk, memaksa dirinya ke sini untuk mendapatkan gadis itu.
Mata meliar mencari kelibat Erika. Panggilan telefon tidak pernah putus untuk menelefon Erika, namun gadis itu tidak menjawab.
"Erika, mana kau?" gumamnya sendiri.
Usikan nakal dan mata-mata jalang yang leka memerhatikannya langsung tidak dipedulikan walaupun ketika ini dia sangat takut.
Semoga malam ini adalah malam terakhir dia menjejakkan kaki ke sini.
"Lea! Lea!" suara sayup yang ditenggelami dentuman muzik dapat ditangkap oleh deria pendengaran Leanna.
"Lea, sini! Sini!"
Leanna menarik nafas lega apabila melihat kelibat Erika sedang melambai ke arahnya. Kaki terus melangkah mendapatkan sahabatnya.
"Jom kita balik ya? Mummy kau risau." Leanna cuba memujuk.
Tangan Leanna ditolak lalu meneguk habis minuman keras di tangan.
"Aku tak nak balik, Lea. Aku suka di sini." Erika ketawa kemudian menggerakkan tubuh mengikut irama muzik.
"Tapi mummy kau minta aku hantar kau balik rumah. Kesian dia. Mummy kau risau, Erika." Leanna cuba memujuk lagi.
"Kawan you ni tak relax lah, Erika. Mana you jumpa dia?" satu suara mencelah.
Leanna pandang lelaki yang duduk di sebelah Erika. Satu kenyitan dihadiahkan untuk Leanna.
"Lea, kau sendiri tak nak tengok aku stres, bukan? Aku tengah release stres aku lah ni. Tak nampak ke?" Erika ketawa bagai orang tidak betul.
"Tapi, Erika..."
"Kalau kau asyik paksa-paksa aku, aku tak nak ikut kau balik." wajah Erika berubah serius.
Leanna terdiam menggaru kepala.
"Minum?" lelaki bernama Tony menghulurkan gelas berisi alkohol kepada Leanna.
Leanna hanya geleng kepala.
"Kawan I tak minum air ini, Tony." beritahu Erika tersenyum meleret.
Tony mengangkat kening dan mencebik.
"Konservatif." sinis suara Tony.
"Kalau begitu kawan you nak minum air apa? I boleh ambilkan untuk dia." soal Tony lagi.
"Tak apa. Saya tak haus." tolak Leanna sopan.
"Kawan you memang tak chill lah." balas Tony menghempas belakang tubuh pada sofa.
Leanna hanya menggulingkan mata ke atas.
"Lea, teman aku lepak di sini sekejap boleh?" kali ini kedengaran suara Erika manja tanda merayu.
Leanna menghembus nafas berat.
"Malam dah ni. Awal pagi esok kita ada kelas." beritahu Leanna lagi.
"Jom lah kita balik. Kau dah mabuk sangat ni. Aku risau kalau jadi apa-apa dekat kau nanti." bahu Erika dipeluk.
Erika yang dihadapannya kini bukan Erika yang dia kenal. Dia faham sahabatnya sedang patah hati tapi bukan begini caranya untuk menyembuh luka di hati.
Erika mendengus geram dan menolak kasar tubuh Leanna.
"Kau ni tak best langsunglah, Lea. Sudah lah. Kalau kau tak nak teman aku, kau pergi balik sekarang. Jangan nak merosakkan mood aku malam-malam ni."
Punggung Erika mengengsot merapati Tony di sebelah. Lengan Tony memeluk bahu Erika lalu mereka bercumbuan di situ.
Mata Leanna terbuntang luas.
"Sekejap, sekejap." segera tangan Erika ditarik bagi meleraikan ciuman itu.
"Lea, apa ni?" bentak Erika tidak berpuas hati.
Tony pula menjeling sinis ke arah Leanna yang dari tadi hanya tahu menganggu ketenteramannya bersama Erika.
"O-okay, okay. Aku akan teman kau di sini." Leanna akhirnya beralah.
"Tapi kau janji dengan aku yang kau tak buat 'benda' tu lagi." kata Leanna.
Leanna jadi bertambah risau sekiranya dia meninggalkan Erika bersama lelaki miang seperti Tony. Takut jika Tony bakal mengapa-apakan sahabatnya.
Tahu sajalah lelaki sekarang. Banyak jadi jantan tak guna!
"Yay! Sebab itu aku sayang sangat-sangat dekat kau tau!" pipi Leanna dicium bertalu-talu.
"Kau nak minum apa? Nanti aku minta Tony tolong ambilkan." soal Erika pula.
"It's okay. Aku tak haus pun." tolak Leanna lagi.
"Minum coke saja pun, Lea. Aku tahu kau tak minum air macam ni." Erika memaksa.
"Ha, yalah. Tapi lepas setengah jam kita balik ya?" Leanna mengalah lagi.
Apa-apa sajalah. Janji Erika mahu ikut pulang bersamanya.
"Okay!" jawab Erika teruja.
"Tony darling, you boleh ambilkan air coke untuk kawan I?" pintanya memandang Tony.
"Yeah sure." Tony senyum meleret lalu mengangkat punggung menuju ke kaunter bar.
Sumpah ketika ini Leanna rasa rimas. Dengan bunyi muzik yang hampir mencecahkan gegendang telinga, bau alkohol juga asap rokok yang dihembus oleh Erika di sebelah.
Leanna menjeling Erika yang asyik menggoyangkan tubuh seiring bunyi muzik yang berkumandang.
Leanna jadi geram. Erika berubah drastik seperti ini disebabkan Jaden.
"Nah, ini air you." Tony muncul semula lalu menghulurkan gelas kepada Leanna.
"Thanks." Gelas bertukar tangan.
"Minum lah. Dia tak letak benda pelik-pelik pun dalam minuman kau." beritahu Erika melihat riak wajah Leanna seakan curiga.
Leanna hanya senyum kelat. I hope so!
Perlahan tangan mencicip air coke ke mulut.
Erika dan Tony mula berbual-bual di sebelah. Matanya tidak lepas mengawasi Tony kerana takut lelaki itu mengapa-apakan sahabatnya tanpa Erika sedar.
Sesekali Tony juga senyum dan mengenyitkan mata memandang Leanna.
Lelaki miang!
Jam dikerling lalu air coke disisip lagi.
Tinggal 15 minit saja lagi dan mereka akan pulang ke rumah. Kepala dan mata juga sudah terasa berat. Mungkin rasa kantuk mula menjengah.
"Kau nak pergi mana?" tegur Leanna apabila melihat Erika tiba-tiba bangun.
"Aku dengan Tony nak pergi menari." Erika tunding ke arah dance floor.
"Tapi, Erika. Kita nak balik dah ni." halang Leanna.
"Ala, 10 minit saja. Rugi lah pergi ke sini kalau tak menari." balas Erika pula.
"Kau tunggu di sini saja. Tak lama pun. Lepas tu kita terus balik. Aku janji." Erika terus menarik Tony.
Leanna mendengus lemah dan menyandarkan semula belakang badan pada sofa. Mata tidak lekang memerhati Erika dan Tony yang sudah galak menari di dance floor.
Terasa kepalanya tiba-tiba berdenyut kuat. Berada di ruangan yang merimaskan ini boleh menyebabkan Leanna pitam.
Namun, lama-kelamaan pandangan perlahan menjadi semakin kabur.
Semuanya jadi gelap-gelita.
YOU ARE READING
LEANNA NOA
RomanceLeanna Noa x Azrael Giovanni Kejadian-kejadian lampau mengajar Leanna Noa bahawa cinta adalah sesuatu yang hanya membawa kepada kehancuran. Dengan kata lainnya, Leanna alergik dengan sesuatu yang bernama cinta. Namun suatu saat semuanya berubah di...