6| LEANNA NOA

6.1K 292 15
                                    

"Tak boleh ke kalau dia sendiri yang ambil buah-buah ni di kedai kita? Tengok rumah macam orang kaya? Suruhlah driver dia ke yang ambil, atau PA dia ke?" bisik Leanna geram. Sambil itu mata meliar melihat pemandangan taman rumah agam tersebut.

"Shh. Mulut Lea tu, kakak cilikan baru tahu. Ini permintaan regular costumer kedai kita. Lagipun dia suka sangat pergi kedai kita tau. So Kakak kena lah jaga hati dia sikit. Nanti yang untungnya Lea juga." balas Davinna pula.

Ketuk kepala tu nanti padan muka!

"Davinna darling. Finally you're here." kedatangan Leanna dan Davinna disambut dengan suara teruja Datin Eliza.

Davinna pantas menghampiri Datin Eliza lalu mereka berdua berpeluk sakan.

Namun tidak Leanna.

Tubuhnya tiba-tiba menjadi keras. Wajah cantiknya menjadi pucat lesu. Dahi pula mula dibasahi dengan peluh dingin.

'A-Azrael?'

Air liur ditelan kesat.

Mengapa lelaki itu juga boleh berada di sini?

Bulu roma ditengkuk terasa meremang di saat mata helang Azrael memanah ke arahnya. Senyuman sinis itu menakutkan Leanna.

"Lea, mari sini." suara Davinna imenyentakkan Leanna.

Dia menghembus nafas lemah. Kaki ini ingin saja berlari keluar dari taman tersebut.

Patut saja Leanna mempunyai perasaan kurang enak apabila diajak oleh Davinna datang ke sini.

Rupanya bala sedang menunggu kedatangannya. Dan bala itu adalah Azreal.

Leanna memejam mata seketika sambil menggigit bibir. Langkah digagahkan juga walaupun perasaan takut menyelubungi diri.

Kepala mula menunduk apabila dirinya semakin mendekati Azrael dan yang lain. Dia mungkin akan pitam jika anak matanya berani melawan mata tajam Azrael yang galak memerhatikannya.

"Oh, ini adik you ya, Davinna? Siapa nama dia? I lupa pula." soal Datin Eliza.

"Leanna." jawab Davinna.

"Lea, salam Datin." Leanna diam dan menurut.

"Oh ya. Ini lah anak lelaki bongsu I. Azrael kenal Lea? Mama rasa Azrael sama kolej dengan Leanna kan?" soal Datin Eliza.

"Yeah. I know her. We know each other very well, mama." jawab Azrael memandang Leanna yang masih menunduk.

Leanna memejamkan mata. Terasa wajahnya membahang panas.

"Ala, dah kenal lama rupanya. Kenapa tak pernah cerita dekat mama yang Az dengan Lea kawan. Buah strawberry yang Az suka makan tu, mama selalu beli dekat kedai Lea lah." beritahu Datin Eliza.

"Oh kalau begitu, Azrael kena selalu lah pergi kedai Leanna lepas ni. Biar Azrael sendiri yang beli buah favourite Azrael. Mana tahu Azrael dapat buah percuma." matanya masih lekat memandang Leanna.

Terasa sesak nafas Leanna ketika ini.

Lain macam pula bunyi ayat itu. Atau Leanna saja yang otak kuning?

"Boleh Azrael. Lain kali Azrael temanlah Datin beli buah di kedai kami." sambut Davinna.

Azrael senyum lebar.

"For sure."

"Mari, Davinna dan Leanna. Jemput duduk. Kita minum dulu. I memang sediakan minum petang ni untuk you berdua." ajak Datin Eliza.

"Eh, susah-susah pula Datin. Kami pun nak balik ni sebenarnya." tolak Davinna sopan.

Davinna bukan tidak sudi cuma dia rasa tidak selesa pula berada lama-lama di sini. Terasa kerdil dirinya mahu duduk semeja dengan orang berada seperti Datin Eliza.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now