28| LEANNA NOA

2.4K 183 3
                                    

Masing-masing diam. Leanna membuang pandangan ke tempat lain. Azrael pula masih tidak jemu memandang Leanna di hadapan.

Tajam matanya sehingga mampu mengundang rasa takut Leanna namun dia cuba berlagak tenang.

"Kalau tak ada benda yang awak nak cakap, saya balik dulu." buang masa saja. Leanna bersedia mahu pergi.

"You belum jawab soalan I." Azrael akhirnya bersuara.

"Semua soalan awak tak penting bagi saya." jawab Leanna selamba.

Azrael mendecit sinis. Nampaknya sekarang Leanna semakin berani.

"Apa hubungan you dengan Ian?" sehabis daya Azrael cuba menahan diri dari bertanyakan soalan itu dan akhirnya dia mengalah.

Bukan main lebar lagi senyuman Leanna bila bersama Ian. Tapi kalau dengan dia, tarik muka masam sungguh. Tipu kalau Azrael kata dia tak sakit mata!

Leanna diam tidak menjawab. Kan dah cakap tadi soalan dari Azrael memang langsung tak penting.

"Saya rasa awak dah cukup faham tentang apa yang saya dah jelaskan pada awak hari tu. Saya penat dengan permainan awak, Az. Jangan tambah lagi rasa benci saya pada awak. Saya nak hidup dengan aman."

"Awak patut bersyukur sebab saya tak minta awak bertanggungjawab atas semua perbuatan keji awak terhadap saya."

Kepala Azrael semakin menegak mendengar ayat terakhir yang meniti di bibir Leanna sebentar tadi.

Tangan Azrael tangkas menghalang Leanna dari melangkah pergi.

"Apa maksud you?"

Leanna hanya mampu tertawa sinis. Soalan Azrael dibiar tanpa jawapan. Hatinya terlalu sakit untuk menjelaskan semuanya kepada Azrael. Lagipun memang niatnya dari awal untuk merahsiakan kehamilan ini dari lelaki itu. Biar Azrael tidak tahu sampai bila-bila.

Ah! Kalau Azrael tahu sekalipun, apa yang mampu dia buat? Barangkali itu hanya menambahkan masalah Leanna saja.

"Apa maksud you, Lea? Jawab soalan I." nada suara Azrael seakan mendesak. Diam Leanna itu berjaya mencabar kesabarannya.

"Dahlah, Azrael. Awak uruskan hidup awak saja. Apa yang jadi pada saya bukan perkara yang perlu awak ambil tahu. Dan saya harap saya tak jumpa awak lagi dah. Ini pertemuan terakhir kita. Itu doa saya." tangan Azrael ditolak dari memegang lengannya.

"I takkan lepaskan you sebelum you jelaskan pada I, kenapa you nak sangat pergi dari I?" Azrael melajukan langkahnya lalu berdiri di hadapan Leanna. Langkah gadis itu mati lagi.

"Tepilah, Azrael. Saya penat, rimas dengan awak." Leanna mula marah.

"Sebab marah dan rimas you nak akhiri hubungan kita?" Azrael terdesak mahukan jawapan.

Untuk kesekian kalinya, Leanna masih sebut tentang 'pertemuan terakhir'. Dia benci dua perkataan itu. Azrael belum bersedia untuk melepaskan Leanna. Bukan begini pengakhiran yang dia harapkan.

"Hubungan kita?" tiba-tiba Leanna rasa lucu dan jijik dalam masa yang sama. Bibir tertawa kecil.

"Saya ni awak jadikan tempat untuk awak lepaskan dendam awak, lepaskan nafsu binatang awak. Hubungan apa yang awak maksudkan?" hanya Tuhan yang tahu betapa rasa benci ini terlalu dalam untuk lelaki bernama Azrael.

"I minta maaf." Azrael tunduk. Suaranya perlahan namun kata itu bagaikan meresap tepat di jantung milik Leanna.

Bola mata mula berkaca.

"I minta maaf, Lea. I tahu I tak patut buat you macam ni. I bodoh sangat kerana terlalu ikutkan perasaan I, dendam I pada Natasya sehingga you yang jadi mangsa."

"I'm so sorry."

Beberapa hari Leanna menjauhkan diri, menyedarkan Azrael tentang kekhilafannya. Benar apa yang Leanna kata, dia kejam! Jahat!

Suasana menjadi hening sebentar. Mata Leanna tidak lekang memandang Azrael, cuba mencari keikhlasan di dalam anak mata coklat milik lelaki itu.

"Maaf awak takkan dapat bina semula apa yang awak dah hancurkan, Az." air mata Leanna akhirnya jatuh juga.

Kalau sejak dulu Azrael sedar dengan kesilapannya, dia tidak mungkin akan hami-. Ah!

Leanna mula membuka langkah. Tidak ada lagi perkara yang harus dijelaskan.

"Lea!" Azrael cuba menghalang lagi.

Tidak sempat Azrael menyambar lengan Leanna, tangannya tertarik beg di bahu gadis itu sehingga beg Leanna jatuh di atas lantai.

Semua barang yang ada di dalam beg Leanna berteraburan. Leanna sempat menjeling Azrael sebelum duduk mengutip barangnya.

Azrael turut duduk. Tangan yang mahu membantu tiba-tiba mengeras apabila matanya terlihat pregnancy test di tangan Leanna.

Tidak sempat Leanna mahu menyembunyikan, Azrael pantas merampas.

"Bagi balik barang saya!" Leanna terus berdiri. Perasaanya berubah cuak.

Tak, tak boleh! Azrael tak boleh tahu hal ini!

Leanna berusaha mahu mengambil alat itu dari tangan Azrael namun lelaki itu pantas mengelak.

"Jadi sebab ini you nak I tinggalkan you?"

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now