34| LEANNA NOA

4K 284 23
                                    

Tiga hari sudahpun berlalu, Leanna dan Azrael masih seperti ini. Masing-masing buat hal sendiri serta cipta dunia sendiri walaupun duduk di satu ruangan yang sama.

Sejak kejadian di pantai tempoh hari dan selepas mereka pulang dari berbulan madu, Azrael tidak lagi menunjukkan sebarang perilaku yang membuatkan rama-rama di dalam perut Leanna terbang lagi.

Tipu kalau Leanna kata dia okay dengan keadaan mereka sekarang tapi inilah yang sepatutnya yang mesti mereka lakukan sepanjang pernikahan mereka.

Dia dan Azrael tidak boleh melangkaui garis sempadan masing-masing. Memang sebelum berkahwin, Leanna dan Azrael tidak pernah melakukan apa-apa perjanjian atau syarat. Namun, dia dan Azrael harus berpijak di bumi yang nyata. Perkahwinan ini bukan diciptakan dari sebuah cerita cinta oleh dua insan yang saling mencintai. Bukan.

Jadi, untuk kebaikan bersama lebih baik mereka terus menjadi seperti sekarang sehingga anak ini lahir nanti. Kemudian mereka akan fikirkan lagi langkah seterusnya.

Bunyi notifikasi dari telefon bimbit Leanna mengejutkan lamunan sendiri. Kepala diangkat sedikit dari pembaringan untuk mengambil Iphone di atas meja kecil bersebelahan katil.

Nama Erika tertera pada dada skrin. Pantas jari menekan notifikasi mesej tersebut.

From: Erika

So, how's your honeymoon? Cepatlah cerita. Tak shabarrrrrr nak dengar.

Dasar perempuan kepochi! Leanna senyum sendiri sambil menggeleng kepala.

To: Erika

Dekat kolej nanti aku ceritalah. Sabar boleh?

From: Erika

Tak boleh sabar dah. Cuti lama lagi ni. Nak dengar sekarang. Please.... Aku boleh confirm mesti ada cerita best kan?

Ya, betul. Masih ada berbaki 3 hari lagi cuti semester. Haih, lamanya.

Leanna bukan suka sangat pun pergi kelas cuma bila mengenangkan situasi sekarang lebih baik dia menghabiskan masa di kolej berbanding duduk sebumbung dengan Azrael.

Dah boleh kira dah bila saja jantungnya dapat berdegup normal sejak tinggal di sini. Selebihnya itu, hanya Tuhan saja yang tahu.

Bunyi pintu bilik dibuka mengejutkan Leanna. Tidak sempat membalas mesej Erika, telefon bimbit terus ditutup dan disimpan di bawah bantal lalu pura-pura tidur.

Begitulah rutin Azrael. Selepas dia memastikan Leanna betul-betul tidur, baru dia masuk ke dalam bilik tidur mereka yang dikongsi bersama.

Azrael membaringkan tubuh di sebelah Leanna dan dalam beberapa minit saja terdengar dengkuran halus dari bibir lelaki itu. Penat sangat kut?

Seharian Azrael hanya duduk terperap di bilik sebelah. Hari tu katanya, bilik sebelah tengah buat renovation tapi boleh pula dia melepak di situ.

Leanna memalingkan kepala di sebelah untuk melihat Azrael. Tidur pun kacak jadi apa lagi alasan Leanna untuk tidak menjadi gila?

Dulu, melihat muka Azrael saja sudah cukup mengundang marah Leanna. Tapi, mengapa kini semudah itu perasaannya berubah?

Leanna bangun dari pembaringan dan menyandarkan belakang tubuh pada kepala katil. Mata masih lekat memandang Azrael yang sedang nyenyak tidur.

Tak mungkin dia sudah jatuh cinta?

Bukankah untuk mencintai seseorang itu rumit?

Tapi kenapa dengan sekelip mata perasaan itu tiba-tiba muncul dan mengganggunya?

"Haih, tak mungkin." Leanna meraup wajah.

Dia tak pernah jatuh cinta selama ini jadi Leanna yakin dia sudah salah mentafsir perasaan sendiri.

Ini bukan cinta. Bukan.

Perut tiba-tiba berkeroncong halus. Tangan pantas memegang perut. Lapar dan craving datang seiring.

Sejak petang tadi, Leanna teringin sangat nak makan burger yang dijual di tepi jalan bersama coklat ais. Tapi disebabkan dia dan Azrael makan malam bersama keluarga Azrael tadi, dia lupakan saja keinginannya tadi.

Perlahan, Leanna turun dari katil untuk menuju ke dapur. Kalau tak dapat makan burger, minum air coklat pun boleh lah.

Usai tiba di dapur, Leanna membuka setiap pintu kabinet untuk mencari serbuk air coklat. Tapi apa yang Leanna jumpa hanyalah coke zero yang tersusun rapi di dalam kabinet tersebut.

"Boring betullah selera Azrael." gumam Leanna sendiri.

Minum air kosong pun jadi lah. Esok saja dia fikirkan lagi craving-nya ini.

Tangan berniat mahu mengambil mug hijau yang terletak pada rak namun tidak sempat tangan menggapai erat, mug tersebut terus terjatuh dan berkecai di atas lantai.

"Alamak!"

Cepat-cepat Leanna mengutip serpihan kaca yang bersepah. Harap saja Azrael tak terbangun-

"You buat apa tengah-tengah malam ni, Lea?"

Kepala dipaling ke belakang setelah mendengar suara Azrael. Bibirnya sengih panjang.

"S-Sorry ganggu tidur awak." ucap Leanna serba salah lalu sambung mengutip lebihan kaca di atas lantai.

"Tak apa, sini I buat. Nanti kena tangan you pula." Azrael duduk di sebelah Leanna berniat untuk membantu.

"Saya dah kutip habis. Sikit saja ni." Leanna bangun lalu membuang kaca yang tadi ke dalam tong sampah.

"Awak pergilah masuk tidur lagi. Maaf pasal tadi. Saya tak sengaja-"

"You lapar ke?" tanya Azrael pula.

Lambat Leanna mengangguk.

"Tadi mama ada bungkuskan makanan untuk you. Nak I panaskan?"

Cepat kepala Leanna menggeleng kali ini.

"Tak apa. Saya tak lapar sangat. Saya nak masuk tidurlah." bohong Leanna pula.

"Ke you tiba-tiba mengidam malam-malam ni?" tebak Azrael menyembunyikan senyuman.

Datin Eliza pernah memberitahunya mungkin dalam fasa ini, Leanna pasti akan mengidam macam-macam. Jadi, dia harus bersedia.

Leanna diam menunduk. Macam mana Azrael tahu?

"Cakaplah you nak makan apa?" tanya Azrael lagi.

"Hmm..." jari Leanna menguis hujung baju.

Segan pula nak bagitahu.

"Lea..." panggil Azrael lembut.

Ya Tuhan, suara itu. Seksinya...

"Kalau dapat tunggu esok, kita cari makanan you tu-"

"Saya teringin sangat nak makan burger tepi jalan dengan ice chocolate juga." Leanna akhirnya berterus-terang.

Senyum di bibir Azrael semakin melebar.

Haih, kenapa comel sangat ni?

"Okay, kalau macam tu I keluar kejap cari burger dan ice chocolate you." beritahu Azrael.

Nasib baik Leanna tidak mengidam benda yang bukan-bukan.

"Tapi saya nak ikut sekali. Saya nak makan dekat kedai tu juga. Kalau makan dekat rumah nanti dah tak sedap lagi." macam mengada pula bunyi Leanna kan?

"Boleh, sayang. Pergilah siap. Pakai sweater tebal sikit. Dekat luar tu sejuk. Tak pun, pakai sweater I. Rasanya I letak dekat atas kerusi tadi." pesan Azrael.

Tanpa banyak bicara, Leanna pantas bergerak menuju ke bilik tidur mereka.

Yay! Makan burger!

Azrael tidak berhenti senyum. Kalau Leanna dah secomel ini, isterinya minta buah strawberi yang di tanam di New Zealand pun dia sanggup tunaikan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now