16| LEANNA NOA

2.6K 184 5
                                    

Sandwich berintikan telur itu Leanna ambil lalu disuakan ke mulut. Selalunya sandwich ini terasa lazat di lidah namun pagi ini, tawar saja yang Leanna rasakan.

Mungkin perasaan serba salah yang sarat di hati membuatkan Leanna rasa kosong.

Serba salah kerana membohongi kakak tersayang dengan apa yang telah dia lakukan bersama Azrael.

Sampai bila dia harus diperlakukan sebegini rupa? Apa yang Azrael yang mahukan dari dia sebenarnya? Dan apa salah dia?

"Lea?"

Leanna tersentak kecil.

"Hah?" lamunan tadi terus hilang.

Wajah yang sejak tadi menunduk mula di angkat perlahan. Raut wajah Davinna menyapa deria pandangan.

"Lea dengar ke kakak tanya apa tadi?" soal Davinna aneh.

"Kakak tanya apa?" Leanna soal kembali.

Davinna menggeleng kepala.

Pagi-pagi lagi dah berangan adiknya yang cantik ini.

"Assignment yang Lea buat malam tadi dah siap ke?" Davinna ulang semula pertanyaan tadi. Tangan pula sibuk menuang kopi panas di dalam cawan.

"Assignment? Assignment apa?" Leanna bertambah hairan.

Sekarang belum masuk musim kerja kursus lagi.

"Aik? Bukan Lea sendiri ke yang bagitahu kakak semalam yang Lea tak dapat balik rumah sebab nak siapkan assignment di rumah Erika?"

Hampir tersembur kopi dari mulut Leanna. Suara batuknya memeriahkan dapur kecil mereka.

Ya Tuhan! Macam mana lah dia tidak ingat dengan penipuan sendiri.

Itu alasan yang dia berikan kepada Davinna malam tadi ketika dia menginap di apartment Azrael.

Buat assignment konon!

Padahal buat benda tak senonoh.

Tapi malam tadi yang buat benda tak senonoh tu Azrael. Bukan dia. Leanna tak sedar langsung. Sumpah!

"Lea?! Kenapa Lea berangan saja dari tadi ni? Kakak macam cakap sorang-sorang saja tau." lengan adiknya ditepuk halus.

"Hah?" sekali lagi Leanna terkejut.

"Hah, hmm. S-siap. Dah siap dah." jawab Leanna tergagap-gagap.

Davinna angguk perlahan.

"Bagus lah. So lepas ni kakak boleh lah minta tolong Lea jaga kedai kalau kakak tak ada di rumah nanti kan?" sengih Davinna meleret.

"Boleh saja, kakak. Anything for my ugly sister." usik Leanna selamba.

"Hey!" muncung bibir Davinna. Lengan Leanna dipukul kuat.

Berani ya kutuk kakak sendiri?

Tawa halus kedengaran di bibir Leanna.

"Gurau." sengih Leanna sambil menggigit lagi sandwich telur di tangan.

Ting!

Bunyi loceng rumah tiba-tiba bergema nyaring. Sempat Leanna dan Davinna saling berpandangan.

Siapa pula yang datang? Tak pernah-pernah mereka dikunjungi tetamu pagi-pagi buta seperti ini.

"Lea duduk. Biar kakak pergi tengok." halang Davinna apabila Leanna dilihatnya mahu bingkas bangun.

Davinna mula melangkah keluar dari dapur untuk bergerak ke pintu utama rumah. Leanna perhatikan saja kelibat kakaknya.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now