29| LEANNA NOA

2.4K 160 8
                                    

"Susah betul nak jumpa kau sekarang kan?" soal Erika tidak puas hati.

Takkan Leanna marah lagi padanya? Ke dia ada buat salah tanpa Erika sedar? Dia tak sanggup bergaduh dengan sahabat baiknya lagi.

"Ni kita tengah jumpa apa?" sahut Leanna. Tangannya sibuk bermain mee spaghetti di dalam pinggan.

Tadi bukan main lagi lapar tapi bila makanan dah ada di depan mata, tak lalu pula nak makan.

Ini mesti baby mummy dalam perut tengah mengada-ada kan?

"Main-main pula. Kau pergi mana 4 5 hari ni, Lea? Merata aku cari kau tau. Di kelas, kafe sampai ke rumah tapi batang hidung kau langsung tak nampak." bebel Erika tidak puas hati. Geram pun ada dia dengan sikap Leanna ini.

"Aku ada je lah, Erika. Kebetulan bukan nasib kau lah tu kut tak dapat jumpa aku." jawab Leanna lagi.

Macam biasa, Leanna buat alasan paling logik.

Erika menggulingkan mata ke atas. Pandai betul reka jawapan. Macam dia tak kenal Leanna. Pasti ada masalah yang gadis itu sedang sembunyikan dari dia.

"Kak Davinna mana?" Erika ubah topik. Kepala meninjau sekeliling dapur rumah Leanna mahu mencari kelibat Davinna.

"Dia baru je keluar sebelum kau datang tadi. Hantar buah ke rumah costumer katanya." beritahu Leanna. Akhirnya dia memaksa diri untuk makan lagi.

Kepala Erika menggangguk kecil.

"Oh ya, Lea. Lupa nak bagitahu kau." bahu Leanna ditepuk sedikit kuat membuatkan gadis itu terbatuk kecil.

Nak bagi dia mati terkejut ke apa si Erika ni?

"Hari tu Azrael cari kau." wajah Erika kelihatan teruja.

"Bukan satu hari saja tau tapi hampir setiap hari dia ganggu aku semata-mata nak tanya fasal kau."

Leanna cuma buat muka kosong. Tiada perasan apa-apa. Berita yang disampaikan oleh Erika itu langsung tidak mendapat respons dari Leanna. Tak penting kan?

"Jadi sebab inilah aku susah sangat nak jumpa kau kan? Kau sebenarnya lari dari Azrael eh?" Erika mengecilkan mata memandang Leanna di sebelah.

Sesuatu betullah Leanna dengan Azrael ni?

"M-mana ada lah. Dah kenapa pula aku nak kena larikan diri dari dia? Tak ada kena mengena dengan dia pun." Leanna cuba berlagak tenang.

"Habis tu, kenapa dia asyik cari kau? Mesti ada apa-apa kan yang kau sembunyikan dari aku?" Erika tiba-tiba jadi curiga. Radar detektif Erika mula diaktifkan.

"Mana lah aku tahu. Kau pergilah tanya dia sendiri." balas Leanna lagi.

"Nak tanya macam mana kalau dia pun dua kali lima macam kau? Berahsia dari aku. Tuhan je yang tahu apa sebenarnya yang jadi antara kau dengan Azrael." Erika yakin pasti ada sesuatu yang berlaku di antara mereka berdua.

Leanna cuma diam. Kalau boleh Leanna nak sangat menceritakan perkara yang sebenar. Tentang kehamilannya juga. Namun, Leanna takut. Bukan dia tidak mempercayai kawan baiknya sendiri, cuma Leanna tidak sanggup menghadapi apa penerimaan Erika terhadapnya.

Cukuplah dia terluka dengan Azrael tempoh hari. Selepas lelaki itu mengetahui dia sedang hamil, tanpa sebarang kata Azrael lalu meninggalkannya begitu saja.

Iya, memang Leanna juga tidak mengharapkan Azrael akan bertanggungjawab tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah reaksi bahawa dia memang ada rasa serba salah kerana telah menghancurkan kehidupan seorang perempuan seperti dia.

Maknanya, maaf dari mulut Azrael hanya dusta, kosong!

"Takpelah kalau kau tak nak cerita pun. Cepat atau lambat, aku akan tahu juga nanti. Nak dengar dari mulut kau sendiri memang susah. Siapalah aku ni kan? Kau ada masalah pun, aku tak dapat jadi kawan yang berguna untuk kau." tipu kalau Erika tak rasa kecil hati dengan sikap Leanna.

Dia dan Leanna berkawan baik sejak hari pertama mereka menjejakkan kaki ke kolej. Setiap susah senang mereka kongsi bersama. Takkan semua itu belum cukup untuk membina sebuah kepercayaan di dalam persahabatan mereka?

"Erika, janganlah kau fikir macam tu. Aku tak pernah pun-"

"Uwek!"

Leanna pantas berdiri dan berlari ke singki untuk memuntahkan segala isi perutnya.

Ah, peritnya rasa! Hampir setiap hari Leanna menghadapi morning sickness begini. Bila fasa ini mahu berakhir?

Baby, mummy tak tahan muntah-muntah setiap hari. Kesian mummy tau.

"Lea!" Erika turut berlari mendapatkan Leanna di singki.

Tangannya membantu menepuk belakang tubuh Leanna yang tertunduk-tunduk.

"Lea, kau okay tak ni? Kau salah makan ke?" soal Erika risau setelah keadaan Leanna mula reda.

Leanna membersihkan mulut sebelum menegakkan badan semula. Mata dipejam rapat.

"Lea..." panggil Erika menyentuh tangan sahabatnya.

"Erika, aku ada benda nak bagitahu kau." tutur Leanna perlahan setelah dia mendiamkan diri sejenak.

"Aku..." terasa bola matanya berkaca. Dia harus menceritakan soal ini pada seseorang. Dadanya terasa sesak jika harus menyimpan masalah ini seorang diri.

Dia sudah membuat keputusan untuk membesarkan anaknya. Lagipun rasa sayang pada anak ini semakin bercambah setiap hari. Namun, Leanna perlukan dukungan supaya dia kuat untuk berjuang hidup demi anaknya.

"Lea, kenapa ni? Kau buat aku risau tau." kekura Leanna diramas.

"Aku..."

Leanna mengatur nafas.

"Aku pregnant."

"Lea cakap apa tadi?!"

Serentak Leanna dan Erika berpaling.

"Kak Davinna..."

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now