33| LEANNA NOA

2K 182 3
                                    

Bunyi ombak dan pemandangan laut biru membawa rasa tenang dalam diri. Dan kini, Leanna sedang tenggelam bersama perasaan tenang itu. Begitu juga Azrael. Masing-masing membawa hati dan fikiran entah ke mana.

Kalau setiap hari tenang begini kan seronok? Tak perlu fikir apa-apa masalah. Kepala tak sakit, hati pun tak sengsara.

"I suka macam ni, duduk sambil tengok laut. Best." suara Azrael memecah kesunyian. Matanya masih lekat memandang ke arah laut biru.

Leanna palingkan kepala mahu mencuri lihat wajah Azrael di sebelah.

Ciptaan Tuhan memang semuanya indah-indah kan?

Pantai, laut biru dan Azrael.

Rasanya kalau anak mereka lelaki, pasti anak itu bakal mewarisi kekacakan Azrael.

Eh?

Leanna terkejut sendiri dengan apa yang terlintas di fikirannya.

"You pun suka pergi pantai?" soal Azrael mengalihkan pandangan ke arah Leanna di sebelah.

Dengan pantas Leanna larikan matanya ke tempat lain. Buat malu saja kalau kantoi tadi.

"Hm, boleh lah." jawab Leanna gugup.

"Dulu masa kecik-kecik I selalu pergi pantai. Kiranya I membesar di pantai sebab daddy dan mama sibuk dengan chalet family I. Kawan pun tak ada so I banyak habiskan zaman kanak-kanak I di tempat macam ni." cerita Azrael tanpa di tanya.

"Tertidur di pantai pun pernah sampai daddy dengan mama call polis ingat I kena culik tengah malam." Azrael ketawa dihujungnya.

Leanna juga turut tertawa.

"I pernah simpan angan-angan, kalau one day I nak bawa someone special pergi pantai bersama I. And I guess angan-angan I tu dah jadi kenyataan." bibir Azrael mengukir senyuman. Mata dikalihkan semula melihat laut.

Leanna angkat kening tinggi. Kali ini dia berani menatap wajah Azrael di sebelah.

Apa maksud Azrael tadi?

Someone special?

Barangkali Azrael sedang bercerita tentang Natasya.

Berpijaklah di bumi yang nyata, Lea.

"Nanti bila anak kita dah lahir, I nak selalu bawa dia pergi pantai supaya dia tahu ayah dia obses dengan tempat ni." mata Azrael kelihatan bersinar ketika bercerita mengundang senyum Leanna.

"Awak saja lah bawa dia nanti. Saya nak rehat saja di rumah." balas Leanna selamba.

Bukan dia tak suka pantai, cuma jika diberi pilihan antara pantai atau rumah, sepuluh kali ditanya sekalipun Leanna tetap memilih untuk bersantai di rumah saja. Lagi relaks.

"Mana boleh. You pun mesti ikut juga. I nak nanti biar kita sama-sama cipta setiap kenangan bersama anak-anak kita sepanjang mereka membesar. So they will always remember that we're here for them no matter what."

"We will be a good parents. And a great team!" suara Azrael kedengaran teruja.

Leanna ketawa kecil kerana terhibur melihat reaksi Azrael.

"Boleh kan, sayang?" tangan Leanna diraih lalu dikucup lembut.

Rama-rama muncul lagi. Kali ini ia terbang menyelusup hingga ke jantung Leanna yang tidak mampu lagi berdegup mengikut irama.

Ya Tuhan, kenapa dengan Azrael?

Jika beginilah sikap Azrael, Leanna sedikit lagi akan bertukar jadi gila.

Gila kenapa?

Gilakan Azrael!

"Lea, what's wrong?" kebisuan Leanna mengundang rasa hairan Azrael.

"Hah? Hmm-" Leanna menarik tangannya dari terus dipegang oleh suaminya. Tak boleh dibiar lama. Bahaya. Nanti tiba-tiba kena serangan sakit jantung pula.

"Saya.."

Kening Azrael jadi tinggi setelah melihat Leanna tiba-tiba berdiri.

"Saya tak janji." Leanna tunduk enggan menatap wajah kacak Azrael.

"Maksud you? I tak faham." Azrael blur.

"Saya tak pernah terfikir sejauh itu. Kita masih muda, Az. Banyak lagi benda yang kita nak capai. Awak rasa suatu hari nanti perkahwinan kita ni akan jumpa kebahagiaan? Kita saling tak mencintai. Itupun dah cukup memberikan gambaran kepada saya tentang masa depan kita Anak kita nanti bukan dapat dijadikan alasan untuk kita bertahan. Awak fahamkan maksud saya?" tutur Leanna lancar.

"Saya tak nak awak bebankan diri awak sendiri. Saya tahu awak kahwin dengan saya atas sebab rasa serba salah dan tanggungjawab awak pada anak yang sedang membesar dalam perut saya."

"Tapi kalau suatu hari nanti awak nak cari kehidupan awak sendiri, saya faham-"

"Enough, Lea." pintas Azrael. Wajah dan suara lelaki itu seiring dingin.

Tajam matanya melawan anak mata Leanna. Gadis itu tunduk lagi memandang butiran pasir. Sungguh Leanna tidak mampu menatap pandangan milik Azrael yang satu itu.

Azrael tiba-tiba bangun. Tanpa berkata apa pun, dia membuka langkah dan terus meninggalkan Leanna keseorangan di situ.

Hati Azrael sedang sakit sekarang sehingga bibir tidak mampu meluahkan apa yang ada di dalam fikirannya. Lebih baik dia pergi daripada menyeksa diri melihat wajah Leanna.

Leanna berpaling menghantar pemergian Azrael yang semakin mengecil. Tanpa sedar, ada air mata yang menjengah.

Jangan beri harapan dan jangan cipta harapan. Itu yang Leanna sedang ajar hatinya sekarang. Kelak di penghujung cerita, dia lah yang paling merana.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now