7| LEANNA NOA

6.2K 336 15
                                    

Lutut dipeluk erat bersama esakan yang masih berlagu sejak tadi. Leanna berteleku di kepala katil mengenangkan nasib diri.

Dia rasa jijik. Terlalu jijik dengan diri sendiri. Tapi apa pilihan yang Leanna ada. Apabila teringat akan Davinna, memaksa Leanna merelakan Azrael menyentuhnya sekali lagi.

Tuhan, maafkan aku.

Suara esakan semakin kedengaran.

"Hey, kenapa menangis ni, babygirl?" Azrael mendekati Leanna. Punggung dilabuhkan di birai katil. Jarinya menyeka air mata gadis itu.

"Jangan sentuh saya!" Leanna menepis kuat jari Azrael. Bencinya pada lelaki ini semakin menebal.

Azrael ketawa sinis.

"Thank you, baby. Last night was great." pipi Leanna di cium pula.

"Kenapa awak buat saya macam ni, Azrael? Apa salah saya? Saya bukan pelacur." Leanna menangis teresak-esak.

"Saya minta maaf tentang malam itu. Semua yang terjadi di luar kawalan saya. Saya sendiri tak sedar apa yang saya dah buat. Saya minta maaf. Tapi tolong, saya nak kita hentikan semua ini. Saya-"

"Diam." Azreal memintas percakapan Leanna. Matanya tajam memandang Leanna seakan mahu menelan gadis itu hidup-hidup.

"I tak nak dengar lagi. You buat saja apa yang I minta. Kerja you senang. Layan I. Itu saja yang I mahu. You jangan risau. Semua ini takkan sampai ke pengetahuan orang lain kalau you atau I tak buka mulut. Faham?" pipi Leanna ditepuk.

"Tapi saya bukan pelacur!"

"Bila masa I anggap you pelacur?!" suara Azrael turut meninggi seperti Leanna.

" Apa yang awak buat pada saya ni apa bezanya saya dengan pelacur? Saya tak sanggup nak teruskan semua ini lagi." Leanna berharap agar Azrael ada sedikit rasa simpati terhadap dirinya.

Apa yang dia dan Azrael lakukan ini sangat keterlaluan.

"I akan lepaskan you bila I betul-betul puas. Relax, baby. Permainan kita baru saja bermula. Lagipun, you pandai layan I. Jadi you fikir semudah itu I lepaskan peluang ini? Hm?" kedua belah pipi Leanna dicengkam kuat.

Air mata Leanna semakin deras.

Apalah dosanya terhadap Azrael sehingga dia diperlakukan seperti ini padahal sebelum ini mereka langsung tidak mengenali satu sama lain?

"Awak boleh cari perempuan lain. Bukan saya." balas Leanna lemah.

"I dah jumpa you. Kenapa nak cari perempuan lain pula?" Azrael senyum sinis.

Leanna kehilangan kata-kata. Tiada daya untuknya melawan lagi. Azrael memang benar-benar mahu menyeksa dan memusnahkan hidupnya.

"Saya nak balik."

"Not yet, Vanilla." Azrael halang pergerakan Leanna yang baru saja mahu menuruni katil.

Satu dengusan lemah keluar dari mulut gadis itu.

"Apa lagi kali ini? Saya penat. Saya nak balik. Kak Davinna mungkin dah risau tunggu saya di rumah." malam tadi Leanna terpaksa berbohong pada Davinna bahawa dia akan bermalam di rumah Erika.

Awalnya, Davinna enggan membenarkan Leanna pergi. Namun setelah dipujuk beberapa kali, Davinna akhirnya bersetuju dengan syarat Leanna mesti pulang ke rumah awal pagi. Tapi sekarang, jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi. Leanna yakin Davinna pasti sedang risau sekarang.

"Buatkan I breakfast?" pinta Azrael selamba menterbeliakkan mata Leanna.

Apa tadi?

"Lepas breakfast, baru I benarkan you balik." beritahu Azreal lagi.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now