5| LEANNA NOA

6K 331 14
                                    

Seminggu sudahpun berlalu dan cuti pertengahan semester juga hampir tamat. Namun cuti kali ini Leanna lebih banyak menghabiskan masanya terperap di dalam bilik saja.

Dan sepanjang minggu itu jugalah Davinna sangat risau melihat keadaan adiknya. Leanna banyak mendiamkan diri, tidak seperti selalu. Bila ditanya baru adiknya itu mahu membuka mulut mengeluarkan suara. Itupun sepatah Davinna soal, sepatah jugalah jawapan Leanna.

Entahlah.

Tapi Davinna fikir, perubahan sikap Leanna ini pasti ada kaitannya dengan Erika. Pernah juga Erika datang ke sini mahu menemui Leanna, namun adiknya itu bertegas enggan berjumpa dengan sesiapapun.

Tak ada mood katanya. Lama betul tak ada mood tu.

"Leanna..." panggil Davinna lembut.

"Iya Kak?" earphone di telinga ditanggalkan apabila menyedari kehadiran Davinna di dalam biliknya.

"Tak bosan ke asyik terperap dalam bilik ini saja?" soal Davinna.

"Keluar lah sekejap ambil angin ke? Sepanjang Lea cuti, kakak tak pernah tengok Lea keluar rumah. Kenapa ni? Lea ada masalah?"

Davinna kenal adiknya. Terlalu suka memendam. Di tanya sejuta kali pun, belum tentu Leanna hendak meluahkan masalahnya.

"Lea okay. Kak jangan risaulah. Lagipun cuti nilah peluang Lea dapat rehat. Nanti lepas saja buka semester assignment, kuiz, kelas berlambak tunggu Lea." balas Leanna pula.

"Kalau Lea betul-betul ada masalah, Lea cerita lah pada kakak. Kakak cuma risau. Lagipun pada siapa lagi Lea nak kongsi kalau bukan dengan kakak? Kita berdua saja lagi yang tinggal dalam rumah ini lepas ayah meninggal." luah Davinna penuh risau.

"Kakak ni. Drama queen betullah. Dah macam mak-mak pula." Leanna menggeleng kepala.

"Lea okay, kak. Biasalah tu manusia. Mood kadang-kadang tak menentu. Takkan nak happy memanjang. Semalam mungkin Lea moody. Hari ni Lea happy. Lepastu esok Lea mungkin moody balik." jawab Leanna sengih.

Menceritakan perkara sebenar kepada Davinna seakan Leanna mahu membunuh diri. Biarlah hal itu menjadi rahsia Leanna sampai bila-bila. Leanna enggan kakaknya kecewa.

Davinna menjeling tajam memandang wajah Leanna. Ada saja jawapannya.

"Okay kalau begitu. rasanya hari ni mood Lea happy kan? So kakak nak Lea tolong jaga kedai sekejap boleh? Ada kerja sedikit yang kakak nak buat." beritahu Davinna menghilangkan kegembiraan Leanna.

"Lama tak jaga kedai?" Leanna tunjuk muka malas. Baru nak tengok drama korea tau!

"Hey, Lea jangan malas ya? Bukan hari tu Lea cakap nak take over kedai bawah tu sampai Lea tua ke? Ni kakak suruh jaga kedai sekejap terus jadi pemalas." bebel Davinna geram.

"Dah, bangun bangun." punggung Leanna ditampar berkali-kali.

"Sakit, kak!" Leanna bangun mengusap punggungnya yang bersaiz sedikit kecil dari Kylie Jenner itu.

"Turun cepat tau! Takut ada costumer datang." jerit Davinna sudah melangkah pergi.

Leanna menuruni katil bersaiz queen itu untuk bergerak menukar baju singlet hitamnya kepada t-shirt putih baggy style dan dipadankan dengan jeans biru muda.

"Lepas Lea jaga kedai, teman kakak hantar barang sekejap." suara Davinna dari aras bawah jelas kedengaran.

Leanna mengeluh perlahan tidak menjawab.

Keluar pergi mana pula tu ? Haih, ada sajalah kakaknya ini.

Dengan langkah yang malas, Leanna menuruni anak tangga untuk bergerak ke kedai buah-buahan peninggalan mendiang ayah mereka.

Leanna bergerak ke kaunter. Sempat matanya memandang sekilas kelibat pelanggan sedang berjalan mengelilingi kedai mereka sambil menilik buah-buahan yang dijual di situ.

"Kalau encik perlu apa-apa, panggil saya, ya?" beritahu Leanna sibuk mengemas kaunter.

Dua plastik putih berisi buah kiwi dan anggur yang diletakkan di atas kaunter menghentikan pekerjaan Leanna.

"Ini saja, encik?" soal Leanna berbasa-basi.

"Eh, I macam pernah nampak you lah?" di saat mata bertentangan, soalan itu diajukan.

Leanna angkat kening cuba mengamati wajah lelaki dihadapannya.

"Oh ya, you kawan Erika kan?" Ian menggerakkan jari telunjuk.

Leanna hanya senyum mengangguk kecil. Sejurus itu, dia hanya meneruskan pekerjaannya menimbang buah tadi.

"I Ian. Kawan Jaden." Ian hulur tangan namun langsung tidak disambut oleh Leanna.

Segera Ian menurunkan tangan sambil mengemam bibir.

Puteri Ais.

"Semuanya 17.50$$." beritahu Leanna.

Ian yang leka memerhati wajah Leanna itu sedikit tersentak lalu kalut meraba poket seluar mencari dompet.

"Oh, no." wajah Leanna dipandang dengan riak sengih.

"Actually, I lupa bawa dompet." Ian garu kepala.

Haih, buat hal pula otak ni. Macam mana boleh tertinggal dompet dekat rumah.

"Kalau macam tu I letak balik lah. Tak jadi beli." sengih Ian menebalkan muka.

Kenapa lah dia perlu menghadapi kejadian memalukan ini dihadapan perempuan cantik seperti Leanna?

"Tak apa. Awak ambil saja lah. Hari ni saya belanja." beritahu Leanna menolak plastik itu ke arah Ian.

Lelaki itu angkat kening. Biar betul?

"T-tak apa ke? You buat I jadi segan pula."

"No, it's okay."

Tak luak pun buah dalam kedai ini jika Leanna mahu bersedekah. Lagipun mana tahu Ian memang teringin hendak makan buah anggur dan kiwi tersebut. Dibuatnya Ian mati accident kerana kempunan makan buah-buahan itu nanti macam mana?

"Thanks." ucap Ian malu-malu. Perlahan tangannya mengambil plastik itu.

Leanna cuma angguk dan tersenyum nipis.

"Kalau kita terserempak di kolej, I janji I akan belanja you makan okay?" sempat Ian berpesan.

Leanna senyum lagi. Angguk tidak, menggeleng pun tidak. Dia langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Ian tersenyum lebar sepanjang perjalanannya sambil memerhati plastik buah di tangan.

Pasti buah ini sangat manis.

Semanis senyuman Leanna.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now