"Wuek!"
Leanna pantas berlari dari katil hingga ke bilik air untuk memuntahkan segala isi perutnya. Tangan memegang hujung singki sambil tertunduk-tunduk memuntahkan segala-galanya.
Peritnya morning sickness ini!
Terasa ada tangan hangat yang membantu menepuk halus belakang tubuhnya. Mulut dikumur setelah rasa mual tadi mula reda. Leanna tegakkan semula badannya. Sebaik itu, matanya dan Azrael bertentangan melalui pantulan cermin.
"You dah rasa okay?" soal Azrael risau walaupun muka masih mamai.
Leanna cuma angguk kecil.
Beginilah rutin pagi Leanna dan Azrael selepas 3 hari mereka hidup sebagai suami dan isteri. Leanna akan bangun sendiri kerana morning sickness-nya dan Azrael pula akan dikejutkan dengan suara Leanna muntah.
"Sorry ganggu tidur awak." ucap Leanna serba salah.
Orang dah suruh dia ambil bilik lain tak nak, hujungnya kita pula yang serba salah sebab bangunkan dia dengan muntah kita.
Azrael hanya senyum nipis. "I buatkan air macam semalam. You baring kejap."
Pantas Leanna menahan lengan Azrael lalu menggeleng kepala.
"Saya tak nak minum air tu lagi. Tak sedap."
"But it's good for you, Lea." pujuk Azrael.
"Tapi saya tak-"
"Tak lama pun. Kejap ya?" Azrael pantas berlalu meninggalkan Leanna.
Keluhan berat dilepaskan sebelum Leanna memaksa kaki ke katil. Bila lah morning sickness ni nak habis. Leanna tak nak minum air rasa pelik itu lagi. Dahlah kena paksa. Yang memaksa pula Azrael. Makin tak sedaplah air tu.
"Lea..." Azrael kembali dengan mug putih di tangan. Punggung di rebahkan di sebelah Leanna.
"Minum." arah Azrael lembut.
Leanna gigit bibir sebentar.
"Tak sedap." meleret suara Leanna merayu.
"Tak ada ubat yang sedap, Lea. Cepat you minum, cepat you rasa lega."
"Dengar cakap I selagi I masih baik pada you." suara Azrael tetap lembut namun rasa takut dalam diri Leanna mula menjengah.
Dengan rasa terpaksa, Leanna ambil mug dari tangan Azrael lalu meneguk dengan sekaligus. Mata dipejam rapat membuang rasa pelik peppermint tea yang singgah di lidahnya.
Kalau ada orang cakap rasa peppermint itu sedap, Leanna boleh bergaduh sampai bertumbuk.
"Good." Azrael tersenyum puas. Mug dikembalikan kepadanya.
Leanna menyandarkan tubuh di kepala katil. Badannya masih terasa letih. Mungkin penat berjalan-jalan sehingga lewat malam semalam.
"So hari ni you nak jalan pergi mana pula?" soal Azrael. Rambut Leanna dimain dengan jari.
Sejurus itu, Leanna mula rasa tidak selesa. Bukan rasa tidak selesa yang membuatkan dia rasa terancam tapi....ergh!
Susah untuk Leanna jelaskan. Sejak akhir-akhir ini, beginilah sikap Azrael. Berbeza sungguh dari Azrael yang dia pernah kenal dahulu.
Sikap Azrael mengundang rasa curiga dalam diri Leanna. Apa sebenarnya niat Azrael?
"Lea, I tanya you ni. You dengar tak?" tanya Azrael sekali lagi. Gadis itu tersentak.
"S-saya tak tahu." Leanna menggeleng kepala.
"Takkan pergi honeymoon nak duduk bilik saja kan? I okay je tapi kita kenalah buat something macam..." senyuman Azrael berubah miang membuatkan Leanna semakin menjauhkan diri.
"Lelaki gatal!" gumam Leanna perlahan. Ingat dia tak faham ke?
Leanna tarik balik kata-katanya. Azrael tak pernah berubah langsung! Lagi-lagi sikapnya yang satu ini.
Azrael ketawa besar melihat muka cuak Leanna. Comel!
"2 hari dah kita jalan tempat yang jauh so hari ni kita jalan-jalan area sini je lah. Kita pergi pantai nak?" cadang Azrael.
"You pun mesti dah penat kan? Bawa baby sana sini." Tangan Azrael mengusap perut Leanna.
Perlahan Leanna kalih tangan Azrael.
Dua hari yang lepas memang Leanna tak suka diperlakukan sebegitu tapi pagi ini rasa lain macam pula.
Macam ada rama-rama dalam perut.
"Saya ikut je. Tak kisah." jawab Leanna. Janji dia tidak perlu berlama-lama duduk berduaan dengan Azrael di dalam chalet ini.
"Okay. Pagi ini kita rehat dulu dalam bilik. Petang-petang sikit kita keluar." beritahu Azrael lagi.
Leanna angguk kecil tanda setuju.
"Pergilah mandi. Lepastu kita keluar sarapan dekat restoran."
"Awak mandi dulu. Saya tak larat nak bangun." Leanna berniat mahu merebahkan tubuh di atas tilam. Masih awal untuk mandi.
"Tak apa. Kalau you tak larat I bungkuskan makanan untuk you. You rehat okay?" pipi Leanna dielus sebelum bibirnya dilabuhkan ke situ.
Jantung Leanna tersentak sebentar.
Mata mereka bertemu seketika. Senyuman Azrael menambahkan lagi rasa lemas dalam dirinya.
Mesti ada sesuatu yang Azrael inginkan dari dia, kan?
![](https://img.wattpad.com/cover/277662430-288-k791948.jpg)
YOU ARE READING
LEANNA NOA
RomansLeanna Noa x Azrael Giovanni Kejadian-kejadian lampau mengajar Leanna Noa bahawa cinta adalah sesuatu yang hanya membawa kepada kehancuran. Dengan kata lainnya, Leanna alergik dengan sesuatu yang bernama cinta. Namun suatu saat semuanya berubah di...