31 | LEANNA NOA

1.2K 168 8
                                    

Majlis perkahwinan yang dilangsungkan secara bersederhana itu berakhir jua. Leanna duduk merebah punggung di atas tilam empuk melepaskan segala lelahnya.

Walaupun jemputan tetamu tidak ramai, tetapi tenaganya hampir menjadi kosong kerana terpaksa melayan semua tetamu yang hadir. Mujur majlis itu ringkas jadi ia tidak memakan masa yang lama.

Selesai saja majlis tadi, Leanna terus pulang ke rumah untuk mengambil barang-barangnya. Mulai hari ini, dia akan tinggal bersama Azrael di apartment milik lelaki itu. Apartment yang menyimpan seribu satu mimpi buruk buat dia.

Sejujurnya, tinggal sebumbung dengan Azrael adalah pilihan terakhir yang akan Leanna lakukan dalam hidupnya. Namun, Davinna yang memaksa. Memandangkan kakaknya masih marah, Leanna terpaksa menurut walaupun hati tidak rela.

Mungkin dengan cara ini hati kakaknya akan sejuk kembali dan mereka boleh berbicara dari hati ke hati.

Sejak kejadian tempoh hari, sedikitpun Davinna enggan bercakap dengannya. Kewujudan Leanna di dalam rumah tidak ubah seperti tunggul kayu.

Mungkin juga sebab itu Davinna meminta Leanna agar tinggal bersama Azrael. Memandang mukanya hanya membuatkan hati Davinna makin sakit. Jadi, cara yang mudah ialah dengan menghalau Leanna keluar dari rumah peninggalan ayah mereka.

Leanna sunyi tanpa suara kakaknya. Leanna juga rindu dengan usikan Davinna. Sepanjang menjadi seorang adik kepada Davinna, Leanna tidak pernah rasa sejauh ini apabila bersama Davinna.

Takkan semudah itu, Davinna terus membencinya?

Dia rindukan Davinna.

"Lea, dah selesai kemas barang you?" kelibat Azrael muncul di muka pintu.

Sut hitam di tubuh masih belum ditukar. Rambut Azrael juga sedikit kusut. Selesai saja majlis tadi, dia terus membawa Leanna pulang ke rumah ini sehingga tidak sempat merapi diri.

Leanna ambil bagasi besarnya lalu diheret sehingga ke pintu bilik.

"Sini, I bawa." Tangan Azrael mencapai bagasi.

"Tak apa, saya boleh bawa sendiri." untuk pertama kalinya Leanna membalas percakapan Azrael setelah melancarkan perang dingin terhadap lelaki itu sejak kejadian di rumahnya tempoh hari.

Sekali lagi demi Davinna dia sanggup mempertaruhkan masa mudanya untuk berkahwin dengan Azrael. Jika dengan apa yang telah dia lakukan ini dapat menerima kemaafan daripada Davinna, Leanna rela.

Tanpa mempedulikan penolakan dari Leanna, Azrael ambil bagasi itu lalu di bawa menuruni anak tangga.

Usai tiba di tingkat bawah, Leanna lihat Davinna sedang berehat di ruang tamu. Mungkin kakaknya juga penat. Davinna lah yang paling banyak bergerak ke hulu hilir menguruskan majlis dia dan Azrael tadi walaupun sudah dilarang Datin Eliza.

"I tunggu you dalam kereta." bisik Azrael mahu memberi ruang pada Leanna mengucapkan selamat tinggal pada Davinna.

Leanna hanya menghantar pemergian Azrael sebelum kepala berpaling ke arah Davinna semula.

Nafas diatur. Tak pernah dia rasa segugup ini untuk bercakap dengan Davinna.

"Kak Davinna..." panggil Leanna perlahan.

Davinna dengar namun sengaja tidak menyahut.

"Lea gerak dulu. Nanti Lea datang sini lagi ya kak?" beritahu Leanna.

Davinna diam lagi. Tanpa membalas pamitan Leanna, dia terus berlalu pergi melintasi Leanna untuk naik ke tingkat atas.

Kelibat Davinna itu Leanna pandang dengan perasaan hiba. Pasti hati kakaknya benar-benar hancur.

"Maafkan Lea, kak."

"Ini bilik saya?" soal Leanna sebaik saja Azrael membawanya ke sebuah bilik tidur.

Ini pertama kali dia menjejakkan kaki ke dalam bilik ini walaupun sebelum ini dia pernah ke apartment Azrael beberapa kali. Dan rasanya bilik tidur Azrael di sebelah.

"Yup. This is our room." Azrael melabuhkan punggung di atas tilam. Penatnya!

"Bilik kita? Takkan nak kongsi? Bukan bilik awak di sebelah ke?" wajah Leanna tergambar rasa tidak puas hati.

Memang taklah dia nak duduk satu bilik dengan Azrael. Tinggal dalam satu bumbung yang sama pun Leanna dah rasa rimas. Apatah lagi, terpaksa tidur di sebelah Azrael. No way!

"Tak boleh ke I nak duduk satu bilik dengan you? You dah jadi isteri I. And mulai hari ini I nak tidur dengan isteri I." Azrael senyum senget.

Leanna naik geram. Dia paling tak suka tengok senyuman Azrael yang satu itu.

"Bilik awak banyak kan? Sayang kalau tak guna. Lagipun saya tak biasa tidur dengan orang lain." Leanna beri alasan.

"Apartment ni ada 3 bilik tapi 1 bilik je yang boleh guna. Bilik asal I tengah renovation. Bilik belakang I buat jadi stor. So tinggal bilik ni saja lah untuk kita." jelas Azrael menambah rasa tidak puas Leanna.

"Kalau macam tu saya tidur luar." Leanna masih berdegil.

"Nope. I takkan benarkan. You tengah mengandung sekarang, Lea. I nak you tidur dengan selesa. I tak akan maafkan diri I kalau ada jadi apa-apa pada you dan anak kita." wajah Azrael berubah serius.

Leanna menelan air liur kesat. Rasa seramnya dua kali ganda. Satu sebab tengok muka Azrael, dan yang kedua tengok perubahan sikap Azrael.

Dia salah dengarkah tadi?

"Sekarang you pergi mandi. Lepastu masuk tidur." Azrael berdiri semula. Bagasi Leanna di capai lalu berjalan menuju ke pintu bilik wardrobe.

Kaki tiba-tiba berhenti tepat dihadapan Leanna. Gadis itu pula automatik mendongak melihat Azrael. Kening diangkat tinggi.

"Kesian isteri I penat." Pipi Leanna disentuh lembut.

"You dengan baby rehat, okay? I nak kemas pakaian you dalam bilik wardrobe kita kejap." tangannya turun mengusap perut kempis Leanna pula sebelum mengucup dahi gadis itu.

Serta-merta wajah Leanna terasa membahang panas.

Jantung, kenapa dengan kau?

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now