' Loving you is like breathing. How can I stop ? '
_______________
Dellia Jasmien berkerut apabila terasa perutnya dihempap dengan sesuatu benda yang berat . Dengan hela nafas menerpa di wajah membuatkan Dellia Jasmien semakin tertanya-tanya .
Perlahan-lahan dicelikkan mata juga walaupun dia masih lagi berat hati mahu bangun dari lena .
Pandangan daripada kabur menjadi jelas . Mata Dellia Jasmien membuntang , kepalanya spontan bergerak ke belakang .
Tersentak sungguh Dellia Jasmien. Wajah Hafine betul-betul di hadapan matanya , sedang lena membuai mimpi dan bantal yang sepatutnya dialaskan di kepala dipeluk Hafine erat .
Patutlah dia tidur tanpa bantal. Rupanya bantal sudah hilang , awal-awal sudah dikebas.
Dellia Jasmien menukar posisi badan , mengiring menghadap Hafine sambil menongkat dagu . Mimpi apalah Hafine sampai tidur di tepi ?
Dalam diam Dellia Jasmien mengambil kesempatan. Raut wajah Hafine yang tenang dalam lena ditilik .
Sejenak , bibirnya menyimpul segaris senyuman . Tidak semena-mena dia teringat akan mimpi semalam di mana Hafine pergi meninggalkannya selepas merawat cedera di tangan.
Apa maksud mimpi itu ?
Mimpi burukkah ?
Bilalah agaknya Hafine dapat memaafkannya ? Masa untuk memujuk Hafine pun hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi .
Cuma dia hairan sesuatu . Meskipun dia bermimpi , mengapa sentuhan Hafine di atas kulit perutnya seperti benar-benar berlaku ?
Bagi meleraikan segala kesulitan , baju diselak ke atas . Mendedahkan permukaan perutnya . Dikecilkan mata supaya dia nampak benda apa di atas perut . Sesuatu benda berwarna putih itu , dia calit sedikit dan digosok dengan dua hujung jari.
Ini krim .
Perut yang terdedah kembali ditutup dengan baju . Hafine ke yang meletakkan krim di atas perutnya ? Hafine tahu ke dia dipukul ? Otaknya kini sarat dengan pelbagai andaian dan persoalan .
Kalau Hafine memuntahkan amarah bagaimana ? Entah-entah Hafine lagi suka dia sakit . Tapi kalau Hafine suka dia sakit , Hafine tidak akan menyapu krim pada lebam-lebam di badannya.
Dalam Dellia Jasmien ralit melayani perasaan , Hafine mulai terjaga daripada tidur . Riaknya kelihatan terkejut melihat Dellia Jasmien memusatkan seluruh pandangan redup ke arahnya .
Perasaan gugup tiba-tiba hadir.
Hafine segera bangkit .
" Macam mana kau ada dekat sini ? " Suara Hafine serak-serak basah kedengaran . Suara baru bangun tidur .
" Ini bilik saya . Sepatutnya saya tanya awak macam mana awak boleh ada di sini , bukan awak yang tanya saya. "
" Bilik kau ? "
Dellia Jasmien mengangguk . Automatik mata Hafine memerhati sekeliling . Hm. Bukan biliknya.
" Aku mengigau kut . Dahlah , aku nak chao . Terima kasih bagi aku tumpang bilik , tumpang sekatil . " Laju Hafine turun dari katil . Mahu selamatkan diri daripada ditanyakan lagi banyak soalan .
Dia pun sengal , tidak keluar awal pagi tadi sebelum Dellia Jasmien bangun . Sekarang mana dia nak sorok muka dia yang tengah malu ini ?
" Sekejap , awak . " Tidak sempat Hafine melarikan diri kerana tangannya digapai Dellia Jasmien dahulu . Pergerakan Hafine terjeda .
YOU ARE READING
My Mate , That's Diavolo Criminale
Action" She's my girl . Don't touch her . Nobody can steal her from me . I don't care who both of you are . Even though criminal such as me , touch her , both of you dead. " - Kizz Calvien ft Aisha Kim - " A million times over , I will always choos...