↭ Fifty

1.3K 121 301
                                    




' Don't count the days , make the days count. '
______________





BANG !

Kizz Calvien tersentak. Dia lekas menuruni bukit berpasir untuk ke bawah dan menyertai mereka yang mula berkumpul dalam satu kelompok.

" Oye! Ve a buscar alimentos allí ." ( Hey ! Go get food supplies there . )

Beberapa guni di atas pedati beroda menjadi pusat pandangan mata mereka. Arahan dituruti. Mereka berjalan di dalam barisan . Kizz Calvien berada di tengah-tengah .

Hampir .

Makin hampir dengan pedati beroda .

Tanpa kelompok tersebut perasan , salah satu rakan Seth ; Butch mengangkat senapang. Sasaran telah ditetapkan.

BANG !

Berlari masing-masing menyelamatkan diri. Bunyi tembakan kedengaran hingga ke bahagian kelompok wanita. Rakan-rakan Seth ketawa jahat.

Namun hanya seorang sahaja tidak melarikan diri. Semua hamba lelaki terpanar . Dan keberanian lelaki itu automatik melenyapkan ketawa besar Butch .

Butch menarik picu .

" Si vuelve a dar un paso adelante, mátalo. " ( If he steps forward again , just kill him . )

Kaki Kizz Calvien melangkah ke depan.

BANG !

Tembakan tersasar !

Kizz Calvien terus melangkah . Tidak langsung menoleh ke belakang . Masih tidak puas hati lagi , Butch menarik picu sekali lagi.

BANG !

BANG !

BANG !

" Argh ! " Panas hatinya apabila tembakan langsung tidak mengena pada lelaki itu. Dia ingin tembak sekali lagi. Malangnya , dia pula kehabisan peluru.

Masih tidak putus asa , dia ambil senapang yang lain dan tembak berkali-kali ke arah Kizz Calvien sehinggalah Kizz Calvien di depan pedati beroda.

Kizz Calvien menarik pedati beroda dengan sekuat hati sehinggalah tiba di hadapan golongan warga tua , pedati tersebut dilepaskan dan Kizz Calvien menonong berjalan di tengah-tengah laluan yang telah diberi .

Butch tercengang lalu senapang di tangan dicampak ke tempat lain. Bengang !










Hari berganti hari , siang berganti malam . Sedar tidak sedar , hampir dua bulan dia berada di dalam kawasan El-Dorado .

Pakaian yang telah dilumuri dengan tanah dan peluh tidak diambil endah. Habis rehat , dia menyambung semula kerjanya yang tertangguh.

Beradanya dia di sini , bermacam-macam dia ketahui dan pelajari. Siapa sangka , mereka yang sebelum ini patuh pada ajaran agama dan kepercayaan , tidak bergantung lagi ke arah tersebut.

Kerana apa ?

Kerana kepercayaan dan ajaran agama dalam diri mereka telah lupus ! Mati ! Disebabkan sikap putus asa untuk hidup , mereka lebih sanggup keluar daripada agama. Disebabkan kesusahan yang dihadapi , mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan lagi.

People put animals in cages. But here, the animals put humans in cages. Here is neither heaven nor hell. There is no good or evil. No trust at all!

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now