↭ Twenty Six

3.5K 325 526
                                    


' If love was a storybook , we'd meet on the very first page. '

_____________________

Setelah puas membalas serangan Irfan , dalam berpakaian serba tidak lengkap, baju sekolah hilang entah ke mana , terus mengajaknya pusing satu KL dengan menaiki bas perkhidmatan percuma .

Bagai rusa masuk kampung , Irfan melihat kawasan bandar . Ada beberapa orang tempatan memandang pelik kepada Irfan . Kizz Calvien cepat - cepat memaling ke arah lain dan menjauhkan diri 1 meter daripada Irfan.

Pura-pura tidak kenal . Reaksi selamba Kizz Calvien membuatkan Irfan meradang . Di tengah-tengah laluan pejalan kaki , Irfan menarik rambut Kizz Calvien seperti kejadian keluar daripada bas .

Kizz Calvien turut membalas semula . Geramnya jejaka itu hingga belakang punggung Irfan disepak berkali-kali . Ramai orang berhenti untuk merakam aksi ganas itu . Aksi ini jarang berlaku di mana tempat .

Sebentar lagi famouslah mereka berdua .

Kini , mereka di dalam perjalanan pulang dengan berjalan kaki ke rumah keluarga Kizz Calvien .

" Vien . "

" Apa dia ? "

" Best ke sekolah dekat sini ? " Soal Irfan ingin tahu . Nadanya penuh teruja . Siap menyendeng rapat pada Kizz Calvien .

Sejenak , Kizz Calvien mengerutkan dahi dalam masa yang sama bibir dimuncung ke depan . Figura Irfan dikerling sekilas .

" Kalau kau ada , sekolah tu tak best . "

Irfan baru membuka mulut , telefon pintar Kizz Calvien berdering menandakan ada panggilan masuk . Jejaka itu mengguling bebola mata ke atas . Bila nak borak dengan Kizz Calvien , ada sahaja yang mengganggu .

Panggilan daripada Rayqal Shen , Kizz Calvien angkat lalu melekapkan telefonnya di telinga .

" Petang tadi , Hafine confess dekat Aisha tapi Aisha tolak . "

Hujung bibir Kizz Calvien naik , sinis . Namun ayat terakhir Rayqal Shen merubah mimik muka menjadi serius .

" Sayang Aisha , stay beside her . Anytime Abang kau , Hafine will rape her . "

Spontan dia menutupkan panggilan. Dua ketua mahukan gadis itu untuk kepentingan diri sendiri . Hafine bila-bila masa akan bertindak manakala Firash Xayyen , dia tidak pasti . Lelaki itu jarang muncul di hadapan dia .

Namun , kedua-dua mereka sangat bahaya . Kali ini , dia perlukan bantuan seseorang untuk bantu dia . Saat itu , Kizz Calvien menoleh ke arah Irfan yang mengangkat kening sebelah kepadanya .

" I need your help . "

" Boleh . Satu bantuan , aku nak sebuah motor baru . " Irfan menjongket kening beberapa kali . Sengaja meletakkan syarat yang tinggi kerana dia tahu Kizz Calvien akan membelikan untuknya .

Kizz Calvien berdecit .

" Bukan setakat motor baru , keranda untuk kau pun aku dah sediakan awal-awal . "

" Yaish ! "







♕ • ♕ • ♕








Rayqal Shen berdehem apabila Rayshen Darl selamba mengambil tempat di sisinya untuk melihat rancangan TV di hadapan . Rayqal Shen kekal diam sambil memakan snek yang diambil di dalam almari .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now