↭Seventeen

4.3K 314 187
                                    

' I'm monster

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' I'm monster. A bad monster! '

______________________





Kilang SVT

11 digit nombor ditekan untuk didail . Kemudian , telefon bimbit dilekapkan pada telinga . Bebola mata memerhati di sekeliling .

Dia dah tiba .

Tapi kelibat Kizz Calvien belum muncul-muncul .

Takkan dia mahu masuk seorang diri dalam kilang ni ? Sekali pandang kilang ni seperti berhantu sebab tiada sesiapa pun yang menjaga di kawasan depan .

Kilang ini istimewa sedikit. Kerana di dalam kilang ini adanya keretapi lama . Tapi tidak boleh bergerak . Sekadar perhiasan . Nak jual pun mesti tak laku .

Betul ke tempat ni ? Ke dia salah location ?

Sedikit ragu-ragu terkesan dalam hati . Dia bukannya pandai berlawan . Hanya mampu mengharapkan Kizz Calvien sahaja .

Tidak lama kemudian , barulah suara Kizz Calvien berada di dalam talian . Irfan menghela nafas lega . Akhirnya angkat juga . Susah benar mahu menelefon rakannya ini .

" Vien . Kau dekat- "

" Kau masuk dulu . Aku ada hal kejap . Nanti aku datang . "

Bulat bebola mata Irfan .

Terlongo dia seketika . Eh! Setengah jam dia tunggu Vien . Seorang diri . Sudahlah bagi fakehope , kemudian suruh dia masuk dahulu. Tak lawak Vien . Tak lawak .

" Sekarang? "

" Yelah sekarang . Takkan kau nak biarkan tebusan dalam kilang tu macam tu je . Kau pergi selamatkan dia orang . Itu lagi penting . "

" Tapi aku - "

Sekelip mata skrin telefon menjadi gelap . Irfan mendengus . Sekali lagi kawasan itu dipandang sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah Kizz Calvien .

Nak tak nak , dia kena masuk juga. Sebatang kayu tidaklah panjang mana dicapai , dijadikan sebagai senjata .

Irfan masuk ke dalam berhati-hati. Kemudian , dia mendapatkan lift yang bergrill . Butang lift ditekan sesuka hati . Geram punya pasal .

Lift itu pun lambat bergerak . Makin bosan Irfan di dalam . Saat tiba di bawah , automatik pintu grill lift terbuka .

Kaki melangkah keluar .

Berjalan selamba namun dalam hati takut nak mampus . Sudahlah sunyi . Suram pula tu suasana .

Tapi dia ternampak beberapa orang perempuan berkumpul di suatu kawasan sedikit kecil dengan mata tertutup .

Mata sibuk meliar sekeliling .

Seorang samseng pun dia tidak jumpa . Ah ! Tidak mungkin dia sesenang sahaja melepaskan tebusan . Mesti dia di dalam perangkap .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now