↭Ten

5.4K 449 191
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




' You claim it's not in the cards
Fate is pulling you miles away. '

______________________

Lot of loves! ❤️

________________

Pintu rumah diketuk sedikit kuat . Dari tadi tiada sesiapa yang membuka . Tangan dia makin terasa lenguh dek mencempung gadis itu yang masih tidak sedarkan diri .

Kizz Calvien berdecit .

Semasa dia menaikkan tangan, ingin mengetuk pintu sekali lagi , ianya dikuak dari dalam . Terjengul seraut wajah yang sedikit berusia di muka pintu . Tetapi masih kacak, umurnya mungkin sebaya ayahnya .

" Kamu ni siapa ? Nak cari siapa ? Ni kenapa anak aku ada dengan kau ? "
Aisha masih di dalam pegangan Kizz Calvien dijeling sekilas sebelum pandangan mata bertemu dengan anak mata Kizz Calvien . Mata dikecilkan , riak curiga terpampang jelas .

Wajah Kizz Calvien dibelek lama , seakan-akan dia pernah kenal . Tetapi di mana ya ?

Kizz Calvien berdehem kemudian memaniskan muka .

" Saya.. Saya terjumpa anak pak cik pengsan dekat taman dalam hujan sewaktu saya nak ke kedai. " Bohong Kizz Calvien . Bibir dikemam. Tidak apalah . Bohong sunat .

Takkanlah dia mahu terus terang dengan ayah si Aisha ni , dialah punca Aisha pengsan . Tak pasal-pasal dia kena kejar dengan penyapu lidi tengah tengah hujan ni . Pelik pula orang melihat nanti.

" Pengsan ? Bawa anak aku masuk dalam bilik terus . "

Daun pintu dibuka makin luas . Kizz Calvien menurut , tidak membantah . Baru beberapa tapak , dia berhenti .

" Tapi.. Pak cik . Saya mana tahu bilik anak pak cik ni dekat mana . "

Dari belakang, lelaki itu menepuk dahi . Spontan digeleng kepala . Kenapalah penyelamat anaknya itu lurus sangat orangnya .

" Kenapa kau bengap sangat , budak . Kau ikut aku . Aku tunjuklah mana satu bilik anak aku . " Lelaki itu memotong laluan Kizz Calvien usai habis bersuara . Dalam diam , Kizz Calvien mencebik mengajuk bicara lelaki itu . Sahlah ayah si Aisha ini garang . Dari tadi, marah sahaja kerjanya .

Setelah di hadapan bilik, ayah Aisha memulas tombol pintu , menyebabkan pintu itu terbuka dengan luas . Kemudian , dia memberi ruang Kizz Calvien untuk meletakkan Aisha di atas katil .

Beg sandang terlorot jatuh ke atas tilam sekali .

Sambil membaringkan gadis itu , dia mengambil kesempatan untuk menilik wajah Aisha . Cantik ! Getus di dalam hati . Deheman seseorang dari belakang mematikan niatnya itu .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now