BAYANG

123 25 2
                                    

Tiap detik aku melangkah
bayang itu tak henti mengejar
bayang itu sering kali menghantui.

Tolong, jangan datang lagi
aku sudah penat untuk berlari

Aku letih
Letih untuk memandang belakang berkali-kali
hanya kerana takut jika kau makin menghampiri.

Sukmaku menderita
menahan seribu satu rasa

Sudahlah
pergilah kau dari hidupku.

Kerana kau hanya sekadar bayangan
dari sebuah kisah lama yang aku ingin lupakan
dari sebuah kisah yang tak henti-henti menghempap jiwa.

Tolong, aku mahu kau pergi.

-hs

[H01] AKSARA ATMA Where stories live. Discover now