Jujur kata hati
banyak perkara yang aku ingin perbaiki
tapi aku lupa lagi
yang semuanya telah berlalu pergi.
Pandang depan, teruskan berjalan
yang berlalu-
tak akan kembali lagi
yang ada-
cuma masa yang akan mendatangi.
Tekad dalam diri
aku tak akan persiakannya lagi
meski berkali-kali
jatuh dan menangisi laluan yang aku jalani.
Jangan kau berhenti
selagi masa masih menanti.
—hs
ANDA SEDANG MEMBACA
[H01] AKSARA ATMA
Poetry"Biar kata menjadi rahsia, tulisan jiwa menjadi bicara." Bukan kata yang indah kerana aku juga dalam gundah. [ P U I S I ] ••• Sambungan buku kedua: GENTAYANGAN
![[H01] AKSARA ATMA](https://img.wattpad.com/cover/279271386-64-k264495.jpg)