MELUPAKAN

167 20 0
                                    

Aku terlalu ingin melupakan
hingga pelbagai cara sanggup aku lakukan
cuba meredah lautan
berlari berkejaran
hanya kerana satu tujuan.

Hakikatnya, kau hanya lari dari perjalanan
kerana ianya bukanlah sebuah perjuangan
waktu hanya akan dipersiakan.

Teman,
kau bukannya amnesia terjatuh bangunan
sehingga begitu mudah kau ingin keluarkan
segalanya dari ingatan.

Apa yang perlu kau lakukan
ialah berkorban habis-habisan
bangun dan berjalan
untuk mengejar masa depan
yang lebih indah nan berkerdipan.

-hs

[H01] AKSARA ATMA Where stories live. Discover now