Kadang aku lebih senang untuk hanyut dalam indahnya fantasi
berlalu dari peritnya realiti
hadir dalam imaginasi.
Bukan tak terima hakikat duniawi
tapi-
terkadang aku rasakan yang luka juga perlu dirawati
dan diri juga perlu dihargai.
Jadi,
cara aku-
lari dari realiti.
Walau aku mengerti
yang ianya cuma seketika buat bersendiri.
-hs
ANDA SEDANG MEMBACA
[H01] AKSARA ATMA
Puisi"Biar kata menjadi rahsia, tulisan jiwa menjadi bicara." Bukan kata yang indah kerana aku juga dalam gundah. [ P U I S I ] ••• Sambungan buku kedua: GENTAYANGAN
![[H01] AKSARA ATMA](https://img.wattpad.com/cover/279271386-64-k264495.jpg)