HIJRAH

68 19 0
                                    

Hijrah itu,
bukan semudah yang disangka.

Hijrah itu,
bukan perjalanan yang ditemani bulan dan bintang.

Namun saat itu,
kau akan melalui jalan yang penuh duri.

Berterusan...
ujian menghempap diri.
Tapi kau kuat,
kau biarkan segala derita itu pergi.

Kerana kau pasti,
pelangi itu terbentuk selepas hadirnya hujan yang membasahi.

Perjalanan yang kau lalui,
mungkin sukar untuk kau hadapi.

Tapi percayalah,
di akhir nanti,
kau akan tersenyum menikmati.

***

Dalam apapun perjuangan yang awak lalui, laluinya dengan sabar. Percayalah, setiap apa yang awak perjuangkan itu tak akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Teruskanlah usaha untuk menjadi diri yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Tahun baru, hakikatnya kita juga semakin menghampiri alam kematian. Semoga setiap amalan yang kita lakukan, diterima oleh-Nya.

Untuk awak yang sedang berusaha, jangan mengalah okey?♡

Untuk awak yang sedang letih, jangan jatuh lama-lama. Sebab makin lama awak jatuh, makin awak akan sakit kerana 'dilanggar' berkali-kali.

Untuk awak yang ada azam nak berubah, ada azam nak perbaiki pakaian awak, nak perbaiki solat, nak tingkatkan amalan... teruskan. Buatlah semua itu kerana Lillah. Biarkan apapun orang lain nak cakap. Sebab bukan expectation mereka yang kita nak, kan?
Buatlah perlahan-lahan. Yang penting, istiqamah♡

Ingat, kita berjalan, bukan berlari :)

Maafkan segala salah♡
Salam maal hijrah♡

-hs

[H01] AKSARA ATMA Where stories live. Discover now