Dalam banyak perkara yang hilang,
aku lebih memilih untuk mencari diriku yang dulu.Dalam banyak perkara yang aku rindu,
aku lebih merindui diriku yang dulu.Dalam banyak perkara yang aku fikirkan,
aku fikirkan ketenangan yang pernah aku gapaikan suatu masa dahulu.Dalam banyak perkara yang aku inginkan,
aku lebih menginginkan diriku yang dulunya lebih bermakna.Dalam banyak perkara,
kau adalah sesuatu yang aku ingin
namun sukarnya itu-
bagai melalui hari yang penuh dingin.-hs
YOU ARE READING
[H01] AKSARA ATMA
Poetry"Biar kata menjadi rahsia, tulisan jiwa menjadi bicara." Bukan kata yang indah kerana aku juga dalam gundah. [ P U I S I ] ••• Sambungan buku kedua: GENTAYANGAN