Tak perlu menanti
kalau nanti kau juga yang akan mengundur diri.
Tak perlu tabur janji
andai nanti kau yang mungkiri.
Tak perlu menipu diri
jika suatu hari nanti-
kau buta dari kebenaran hakiki.
Tak usah lari
kalau nanti kau cuma akan pergi.
Bukan membenci.
Cuma-
sakit hati.
-hs
ANDA SEDANG MEMBACA
[H01] AKSARA ATMA
Puisi"Biar kata menjadi rahsia, tulisan jiwa menjadi bicara." Bukan kata yang indah kerana aku juga dalam gundah. [ P U I S I ] ••• Sambungan buku kedua: GENTAYANGAN
![[H01] AKSARA ATMA](https://img.wattpad.com/cover/279271386-64-k264495.jpg)