Tiba masanya
kau perlu terima
yang bukan semua jalan cerita
akan menjadi indah belaka.
Terkadang,
derita lebih dekat menemani
berbanding gembira yang seakan-akan sentiasa mahu pergi.
Terkadang,
air mata lebih lebat membasahi
berbanding senyuman manis yang kau beri.
Itu semua-
realiti yang perlu kau tempuhi.
-hs
![[H01] AKSARA ATMA](https://img.wattpad.com/cover/279271386-64-k264495.jpg)