Mungkin kau rasa,
kau paling terseksa.Mungkin kau fikir,
yang ada disekeliling semuanya hanya derita.Mungkin juga terlintas dikepala,
yang segalanya cuma luka.Teman-
Mengapa menjadi seperti mata lalat
yang sering melihat keburukan
dan akhirnya, sama-sama jatuh dalam kekotoran.Teman-
mengapa tidak kau menjadi bak mata lebah?
Yang melihat perkara-perkara yang indah
sehingga, mampu terbang bebas tanpa lelah.Mungkin,
kerana persepsi hati
yang merasai segalanya tidak menyebelahi.
Padahal-
apa yang baik,
sudah banyak mengelilingi."Kadang kita terlalu pandang apa yang kita tak ada. Atau mungkin... Perkara itu sebenarnya belum ada, bukannya tak ada. Disebabkan oleh apa yang kita belum ada tu, sampai kita lupa untuk mensyukuri dengan apa yang kita dah ada ketika ini."
-hs
YOU ARE READING
[H01] AKSARA ATMA
Poetry"Biar kata menjadi rahsia, tulisan jiwa menjadi bicara." Bukan kata yang indah kerana aku juga dalam gundah. [ P U I S I ] ••• Sambungan buku kedua: GENTAYANGAN