Buat kamu yang membenci
mungkin kamu iri
mungkin kamu sepi.
Kerana itu-
kau cuba mencuri
perhatian dari manusiawi.
Tapi,
kau sebenarnya hanya menyakiti
diri kau sendiri.
Kerana benci-
bukanlah bintang yang mampu menyinari.
Hakikatnya,
ia tajam bak belati
yang akhirnya-
akan menghiris hati kau sendiri.
Hati-hati,
jangan membenci.
-hs
![[H01] AKSARA ATMA](https://img.wattpad.com/cover/279271386-64-k264495.jpg)