Bilamana hati gundah
aku menangis payah.Bilamana aku lemah
aku sering kali marah.Bilamana aku jatuh
berkali-kali aku mengeluh.Hakikatnya aku lupa
aku kini tinggal di dunia fana
bukan dunia yang sentiasa siarkan pelangi.Hakikatnya aku lupa
aku kini sedang melalui takdir DIA
yang pastinya
ada sinar indah pada waktu yang tepat.Sedangkan begini bebanan yang menimpa
bagaimana aku masih boleh berlaku sombong?Sedangkan begini ujian yang diberiNya
untuk aku kembali
namun mengapa masih tidak?Aku patutnya sedar
jiwa ini hanya milik DIA.Maka mengapa
aku tidak kembali kepadaNya?-hs
YOU ARE READING
[H01] AKSARA ATMA
Poesía"Biar kata menjadi rahsia, tulisan jiwa menjadi bicara." Bukan kata yang indah kerana aku juga dalam gundah. [ P U I S I ] ••• Sambungan buku kedua: GENTAYANGAN