[PROLOG]

9.1K 278 3
                                    

PROLOG


NURIN hanya mampu terduduk kaku melihat tubuh Qhabir yang terkujur di atas katil hospital. Sesungguhnya dia belum bersedia untuk kehilangan lelaki itu.

"Awak kata awak tak akan tinggalkan saya. Tapi awak tipu Qhabir...awak tipu..." ucap Nurin tersedu-sedan.

Air mata kian membasahi pipinya. Dia tidak menyangka Qhabir akan pergi meninggalkan dia begitu sahaja. Mengapa?

"Kenapa dia? Kenapa tak aku?" soal Nurin.

Mempersoalkan takdir yang telah berlaku. Dia tahu dia tidak berhak tapi dia perlu tahu mengapa Qhabir dan mengapa bukan dirinya?

"Saya sayang awak Qhabir...sayang sangat. Sampai hati awak nak tinggalkan saya macamni?" ucap Nurin lagi.

"Baba!"

Adakah selamat tinggal menjadi pengakhirannya?

"If this is the end, then let me hold your hand for the last one time..."


[ follow before read ]
[ vote and comment ]

(√) edited* on 301021

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now