BAB 11

5K 159 1
                                    

"Turunkan saya!!" Nurin memukul-mukul dada Qhabir.

Qhabir tidak mengendahkan Nurin. Langkah di atur naik ke rumah. Nurin memberontak mahu Qhabir melepaskan dia.

QHABIR meletakkan tubuh Nurin di katil, dia terus menghempap tubuh Nurin. Mata mereka saling bertemu.

Nafas Nurin turun naik dengan amarahnya.

"Sekali lagi awak bising, saya tak akan teragak-agak untuk senyapkan awak cara kasar," ujar Qhabir membuatkan Nurin mengetap gigi.

Qhabir bangun. Dia baru saja mahu beredar tapi langkah terhenti tatkala Nurin melemparkan bantal ke kepalanya.

"Awak ni tak guna! Saya tak nak jumpa awak, awak faham tak!" herdik Nurin. Segala bantal di buang ke arah Qhabir sehingga mengenai kepalanya.

"Awak-"

Qhabir melumat bibir Nurin. Nurin pula terkedu.

Ini adalah kali pertama. Kali pertama!

Beberapa saat setelah itu, Qhabir melepaskan ciumannya. Dia menunduk.

"Saya minta maaf," ucapnya lalu menapak keluar daripada bilik.

Nurin masih lagi terkedu. Tidak menyangka akan first kiss nya di ambil begitu sahaja!

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

Hujan semakin lebat membasahi bumi.

"Agak-agaknya, apa yang jadi dengan diorang eh?" gumam Lana.

Sejak dia tinggalkan Nurin tadi, dia tidak sempat pula mahu kembali cek apa drama yang terjadi.

"Harap-haraplah kau dengan suami kau berbaik Nurin..." gumam Lana lagi.

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

Qhabir menyiapkan makanan untuk makan malam. Dia tidak tahu apa yang Nurin suka makan, dia masak sajalah apa bahan yang tinggal dalam peti ais itu.

Nurin melangkah masuk ke dalam dapur. Qhabir menoleh.

"Awak?" panggil Qhabir. Agak terkejut juga kerana Nurin turun ke dapur sendiri. Selalunya mesti di panggil barulah dia makan.

"Awak masak semua ni?" soal Nurin memandang ke arah lauk yang terhidang di atas meja.

Qhabir mengukir senyum kecil.

"Tapi saya tak tahu awak suka makan apa jadi saya masak jelah guna bahan-bahan yang tinggal dalam peti ais tu," tutur Qhabir.

Nurin melabuhkan punggung di kerusi. Seketika dia terimbas akan kata-kata emaknya pula.

"Sampai bila nak buat dia macamtu Nurin? Hah? Sampai bila? Kalau mak suruh kau minta cerai dengan Qhabir, tentu kau tak nak. Buka hati tu sikit Nurin. Buka hati untuk terima suami kamu!"

Nurin menunduk. Dia sebenarnya mulai terbuka hati untuk terima Qhabir sejak Qhabir mengubati lukanya tadi siang.

"Awak..." panggil Nurin.

Qhabir menoleh ke arah Nurin. Kali ini cara percakapan Nurin lembut. Lembut dari sebelum ini.

"Awak, saya minta maaf sebab saya abaikan tanggungjawab saya sebagai isteri selama ni. Saya minta maaf sebab saya derhaka dengan awak. Saya minta maaf..." ucap Nurin.

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now