NURIN melihat jari-jemarinya sudah terhias dengan corak bunga yang dilakar oleh si tukang inai. Lana turut mencuba melakar bunga di kaki miliknya.
Nurin kemudian mengalihkan pandangan ke arah Lana. "Weh, apa benda yang kau buat?" soal Nurin kepada Lana.
Lana memandang Nurin, tersengih kecil dia. "Aku nak try juga buat macam acik ni buat," kata Lana memaksudkan mak cik itu.
Mak cik itu sekadar tersenyum tipis. Dia menyambung kembali lukisan pada belakang tangan Nurin.
Nurin termenung. Dia tidak tahulah apa yang akan jadi esok. Nak kata dia sedia, memang jawapan Nurin tidak. Tapi mahu buat bagaimana lagi?
Jikalau dia tolak sekarang, pasti huru-hara satu rumah nanti. Nak-nak lagi bila fikirkan tentang hati emaknya itu. Nurin tidak mahu lihat emaknya kecewa kerana dirinya.
Sudah cukuplah dia kecewakan emaknya banyak kali dengan sikap tidak matangnya ini. Sudah cukup. Mungkin inilah masanya dia perlu fikirkan tentang masa hadapannya.
"Kau dah tidur ke Nurin?" tanya Lana.
Nurin menoleh. "Belum lagi. Kau nak tidur dah ke?" tanya Nurin kembali.
"Belum mengantuk lagi. Main inai ni bosan pula. Eh, acik boleh tak lepasni inaikan saya juga?"
Mak cik tukang inai itu sekadar mengangguk kecil. Lana tersenyum.
☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎
Nurin menguap besar bila semalam tadi dia menahan kantuknya sampai pukul 2 pagi. Mahu tidak mengantuk? Sudahlah lambat siap pula sesi menginai.
"Huwargh!!" Lana menguap. Dia menggosok mata kemudian memandang Nurin. "Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni Nurin?" soalnya masih mamai lagi.
"Weh, bangunlah. Bersiap, harini majlis nikah aku weh." Kata Nurin seketika membuatkan Lana terkedu.
Nikah? "Kau nak nikah?!" Lana melompat dari katil. Dia bergegas mencari tualanya.
"Oi, kau dah kenapa?" tanya Nurin. Pelik dia dengan Lana. Yang nak nikah itu Nurin, bukannya Lana. Apahal dia pula kecoh?
"Weh, kau nak nikah kan?! Ah cepat bersiap!"
"Hei, kau mengigau ke apa ni? Rilek sudahlah. Lagipun majlis nikah tu pukul 11 nanti. Sekarang ni baru pukul 7:30 pagi, rilek dulu."
"Rilek? Karang kalau lambat, kau jangan salahkan aku ye bakal pengantin."
"Eleh kecoh!"
Nurin mencapai tuala mandinya yang disidai di atas ampaian besi itu lalu dia keluar daripada bilik. Dia mahu pergi mandi, bersiap awal sikit.
YOU ARE READING
MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️
Romance[ 07 | COMPLETE romance - humor ] *unedited* Kerana sifat degil dan nakal Nurin, dia dikahwinkan dengan Qhabir. NURIN, si gadis yang nakal dan degil. Ada sahaja benda yang dia buat serba tidak kena, pasti naik singa Puan Noor dengan sikapnya. QHABI...