BAB 7

4.7K 163 3
                                    

NURIN melepaskan keluhan panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NURIN melepaskan keluhan panjang. Benci betullah dia dengan semua ini. Lebih lagi pada emaknya.

Sengaja emaknya mengahwinkan dia pada duda tua anak dua itu.

"Nurin," panggil Qhabir.

Nurin mendengus kasar.

"Apa?" kasar Nurin berkata.

"Jom lah masuk ke dalam. Tak elok duduk dekat luar malam-malam macamni," pesan Qhabir.

Nurin membuat muka. Dia menjeling. Kaki dibawa masuk ke dalam rumah.

"Itu salah, ini salah, semua salah!" gumam Nurin geram.

Qhabir menggelengkan kepala melihat Nurin. Ada saja gadis muda itu mahu marahkan.

Qhabir melangkah masuk ke dalam bilik.

Nurin berdecit. Entah, mungkin rasa marah pasal tadi.

"Awak tak nak tidur ke?" tanya Qhabir.

Nurin menjeling ke arah katil.

"Saya tak nak tidur dengan orang. Saya nak tidur sorang. Tak biasa bila tidur berdua," ujar Nurin. Dia menjeling Qhabir.

Qhabir menghela nafas kecil. Tak akanlah dia mahu tidur di bilik lain? Lagipun, mana ada lagi bilik lain. Rumah dia ini bukannya besar mana, bilik setakat ada dua saja.

"Kalau macamtu awak tidur atas katil, saya tidur dekat lantai." Qhabir menapak keluar dari bilik, dia mahu mengambil tikar.

Nurin terdiam tatkala Qhabir sudah menghamparkan tikar ke lantai. Dia tidaklah memaksudkan untuk Qhabir tidur di lantai.

Nurin menelan air liur.

"Ta--tak payahlah tidur atas lantai. Tidur jelah dekat katil." Nurin menutur kata sedikit tergagap.

"Eh, takpelah. Saya tidur dekat lantai, saya pun dah terbiasa pula tidur sorang," balas Qhabir.

Nurin mengetap bibir. Mengapalah lelaki tua ini? Yang degil, yang nakal, itu sifat Nurin.

'Ah lantaklah!' desis Nurin.

Kaki dibawa menuju katil. Nurin naik ke atas katil, selimut yang ada di hujung kaki itu dia tarik naik menutup badannya.

Qhabir sekadar memandang. Dia pun belum lagi bersedia mahu tidur sekatil dengan orang yang tidak dia cintai.

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

Pukul 6:12am.

Qhabir bersiap-siap untuk ke kebun.

Qhabir yang tinggal jauh di hujung kampung itu satu-satunya orang yang memiliki kebun sekitar luas 40 hektar.

Orang kampung kata, untung siapa dapat Qhabir. Yalah, Qhabir itu boleh tahan kacak. Kaya pun kaya juga. Berbudi bahasa pula orangnya, memang beruntung benar isteri Qhabir.

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now