BAB 12

4.9K 158 2
                                    

DUA kembar yang memakai gaun itu berlari-lari di sekitar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA kembar yang memakai gaun itu berlari-lari di sekitar rumah.

"Qoyyun! Qiela! Naik atas cepat!" pekik Nurin.

Si kembar tadi terus saja berlari naik ke atas rumah. Mereka terhenti tatkala melihat Nurin dengan rotan di tangan.

"Bukan main lagi ye? Umi cakap apa tadi? Jangan main-main kotor kan? Tengok sekarang!" marah Nurin.

Kedua kembar itu menunduk. Takut bila di tengking Nurin.

Selepas saja Qhabir dan Nurin berbaik, Nurin barulah senang mahu tinggal semula di rumah Qhabir. Dan Nurin jugalah yang menjaga si kembar ini.

"Maafkan kami umi," ujar kedua mereka.

"Hm, pergi ambil tuala lepastu mandi. Faham?"

Qiela dan Qoyyun mengangguk. Perlahan-lahan kaki mereka di bawa ke bilik dan mengambil tuala. Setelah itu, mereka menapak ke kamar mandi di dapur sana.

Nurin mengangguk kecil kemudian tersenyum.  Jadi, beginilah perasaan menjadi seorang ibu ya?

Tangan Nurin naik menyentuh perutnya yang berisi sudah sekitar dua bulan. Dia tersenyum. Tidak sangka begitu cepat masa berlalu.

KEDENGARAN suara motorsikal daripada luar. Nurin segera menapak menuju ke depan, dia menjenguk ke luar. Satu senyum dia ukir di bibir.

"Abang," panggilnya kepada Qhabir.

Qhabir turun dari motorsikalnya lalu tersenyum. Dia berjalan menuju tangga dan melabuhkan punggung.

Nurin menyalam tangan Qhabir, dia turut melabuhkan punggung di tangga.

"Abang nampak penat je," tegur Nurin.

Qhabir tersenyum.

"Takde lah. Biasalah, kerja kebun kan?"

"Tapi abang nampak penat sangat. Abang sakit ke?" Nurin bertanya. Dia menyentuh dahi Qhabir yang berpeluh itu.

"Awak ni...kan dah kotor tangan tu hah. Saya kata saya okey. Tak sakit pun. Yang awak tu, patutnya berehat."

"Abang, saya baru mengandung dua bulan. Takkan nak rehat je terus? Saya kena juga buat kerja, barulah sihat." Nurin meletakkan tangan di peha.

"Abang pergilah mandi. Dah busuk lah!" Nurin menutup hidung.

"Yeke?" Qhabir menghidu badannya. "Haahlah, busuk. Heheh, kejap ye abang pergi mandi dulu." Qhabir bangun dari duduknya.

Dia terus saja ke kamar mandi, membersihkan dirinya di kamar mandi.

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

Lana termenung menatap langit yang sudah menghitam itu. Wajah Rasyid dia terbayang.

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now