BAB 2

5K 186 2
                                    

**FLASHBACK**

NURIN dan Lana sempat menyinggah di sungai untuk rehatkan diri sambil-sambil makan aiskrim yang dibeli pakai duit baki membeli minyak tadi.

Tanpa mereka sedari, basikal yang ditongkat itu terjatuh ke dalam sungai. Nasib saja cetek, kalau dalam? Mahu tidak karam basikal itu ke dalam?

Terbeliak mata Lana memandang basikalnya sudah jatuh masuk ke sungai. "Weh! Basikal aku!" jerit Lana. Pantas saja dia bangun dan berlari mendapatkan basikalnya.

"Weh tolong aku!!" pekik Lana.

Nurin menghabiskan sisa terakhir aiskrimnya, dia segera berjalan mendekati Lana. Dibantunya Lana mengangkat basikal milik Lana itu.

"Eh minyak!" pekik Nurin pula. Dia mahu mencapai minyak masak yang ada dibawah basikal itu tapi terlambat. Habis koyak plastik minyak itu. Segala isinya sudah terkeluar dan dihanyutkan arus sungai.

"Weh minyak tu dah hanyut bodo!" pekik Nurin.

"Hah?!" Lana melepaskan tangannya dari memegang basikalnya, dia terus membantu Nurin mengejar plastik minyak yang telah habis kosong itu.

"Weh kejar cepat!!"

"Tunggu aku Nurin!!"

BUSH! Mereka melompat-lompat di air, kalau dipandang macam katak yang melompat dari satu batu ke batu lain. Tapi sebenarnya bukan.

Habis basah lencun mereka berdua. Tidak pula merasa takut, malahan mereka merasa kelucuan. Terkekek-kekek mereka berdua di sungai.

"Ahahah! Hanyut bongok!" kata Nurin.

"Pasal kau lah tu! Apa punya bongoklah!" kata Lana pula.

Mereka terkekek lagi. Suka benar mereka. Tidak mereka tahu ada singa yang sedang menunggu kepulangan mereka di rumah sana.

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

NURIN terkekek lagi bila dia teringat kembali akan kejadian kemarin. Adakah patut jadi begitu?

'Semua salah Lana! Ada ke patut? Hahaha!'

"Nurin." Panggil Puan Noor. Pasti dia masih marah dengan Nurin pasal kemarin, terpaksalah emaknya sendiri yang pergi beli minyak. Nak diharapkan dua budak bertuah itu memang tidaklah!

"Ye mak?"

"Keluar dulu. Mak ada nak cakap ni hah."

Nurin mengerutkan dahi. Pasal apa ya? Oh pasti maknya mahu suruh beli minyak lagi. Kekeke!

Nurin membuka pintu bilik. Pantas saja Puan Noor masuk ke dalam bilik, dilibasnya rotan tepat pada lengan Nurin.

"Aw! Sakitlah mak!"

"Sakit? Kau tau sakit? Eh, sakit lagi hati aku tau tak!" Satu libasan mengenai lagi lengan Nurin. Ini bukan penderaan tetapi denda.

"Mak ni...orang dah besar mak nak pukul lagi kenapa?" rungut Nurin.

"Apa kau ingat dah besar panjang tak boleh nak dipukul ye? Eh, kalau bukan sebab rotan ni, kau takkan dengar! Hah biar padan muka kau tu hah." Kata Puan Noor.

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now