BAB 14

5.3K 151 2
                                    

AIR mata Nurin tidak berhenti-henti mengalir keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIR mata Nurin tidak berhenti-henti mengalir keluar. Mengapa dia di uji dengan begini ?

Dia menekup wajahnya di tilam putih itu. Dia mahukan diri Qhabir kembali !

Dia tidak mahu Qhabir yang sekadar terbaring lemah di katil hospital ini .

Nurin memegang perutnya. Dia tidak mahu anaknya tidak sempat melihat ayahnya sendiri.

Nurin mengangkat muka memandang Qhabir. Dia mahu Qhabir sedar. Dia tidak mahu Qhabir terbaring di sini.

"Abang...bangunlah..." ucap Nurin.

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

Qoyyun dan Qiela menangis tak henti-henti bila Puan Noor dan Puan Siti tidak membenarkan mereka melawat Qhabir di hospital.

Ini untuk menjaga budak-budak ini juga. Takutnya nanti mereka akan buat kekacauan pula di hospital. Kasihan pada pesakit lain nanti.

"Nenek! Yun nak jumpa baba!" bentak Qoyyun tidak puas hati.

"Ela pun nak jumpa umi!" kata Qeila pula.

Puan Noor dan Puan Siti saling berpandangan.

"Macam mana ni Siti?" Puan Noor bertanya.

"Macam mana lagi Noor oi...Kita tak boleh nak bawa diorang ke hospital."

"Tapi budak-budak ni tak nak berhenti menangis. Susahlah kita kalau macamni," kata Puan Noor risau.

"Takpa, nanti kejap lagi berhenti lah tu."

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

Nurin mengusap kepala Qhabir.

"Abang, abang bangun lah. Saya tak sanggup nak hilang abang..." rintih Nurin. Air mata mengalir ke pipinya.

Dia tidak mahu kehilangan sang suaminya itu. Walau untuk sekejap, dia tidak sanggup!

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

Qhabir menarik lengan Nurin yang sedang duduk itu. Nurin menoleh.

"Abang?"

Qhabir tersenyum. Nurin memeluk erat tubuh Qhabir. Ya Allah, sungguh dia rindu pada lelaki ini.

"Abang..." rintihnya.

"Sayang, sayang jangan tunggu abang lagi tau." Tiba-tiba saja Qhabir berkata begitu.

"Apa? Apa maksud abang?" soal Nurin. Dia meleraikan pelukan, memandang tepat pada mata Qhabir.

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now