BAB 6

4.4K 174 6
                                    

NURIN memandang saja dua telatah anak kecil itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NURIN memandang saja dua telatah anak kecil itu. Bukannya Nurin benci pada mereka berdua tetapi dia tidak menyangka saja akan berkahwin dengan lelaki berstatus duda.

'Patutlah bukan main beria lagi mak suruh Nurin kahwin. Ini sebabnya!' desis hati Nurin, geram.

"Kenapa tak makan sarapan tu Nurin? Tak berselerakah?" tanya Encik Jabar kepada Nurin yang tadi tidak sikit pun disentuh sarapannya.

Nurin menoleh ke arah ayahnya. "N--nak makanlah ni ayah, cuma tekak ni susah sikit nak telan makanan." Tipu Nurin.

Padahal dia masih terasa dengan apa yang emaknya buat kepada dirinya. Juga marah kepada Qhabir. Kenapa Qhabir tidak bagitahu dia hal itu?

Mengapa?

"Nah, umi makan!" Qiela memberikan nuggetnya kepada Nurin.

Namun Nurin tidak menyambut. Dia sekadar pandang saja. Sudahlah Nurin tak berapa nak okey kalau layan budak-budak. Macam mana sekarang ini?

Kahwin-kahwin je terus dapat gelaran umi. Takkah gila tu? Ya Allah!

"Umi tak makan nugget tu Qiela, umi makan sayur," ujar Qhabir pada Qiela bila melihat Nurin tidak merespon pada Qiela.

Qiela mengangguk. "Umi makan sayur! Sihat!" ucap Qiela.

"S-sihat!" ucap Qoyyun pula.

Puan Noor tertawa kecil melihat telatah Qiela dan Qoyyun. Teringat sewaktu Nurin kecil dulu. Telatahnya sama persis macam kedua kembar itu.

"Comel betul anak-anak kamu ni Qhabir," puji Puan Noor.

Qhabir tertawa halus. "Rezeki mak...Alhamdulillah," ucap Qhabir.

NURIN mengemas barangannya ke dalam beg. Hari ini dia kena berpindah ke rumah ibu mertuanya itu. Untuk sesi bersanding di sana pula.

Nurin melepaskan keluh panjang. Macam manalah diri dia mahu hadap dengan semua ini? Kalau setakat status duda tak ada masalahnya.

Ada anak? Dua orang pula tu? Itu pun bukan menjadi isu. Tetapi apa yang menjadi isu adalah bila Qhabir menyatakan umur sebenarnya!

---

"Saya dah 38 tahun."

"Eh, kenapa awak tua sangat? Beza umur kita ni 16 tahun tau tak!"

---

Ya, umur menjadi topik utama dan menjadi isu terbesar! Kenapa Nurin boleh berkahwin dengan duda yang dah 38 tahun? 2 tahun ke depan lagi Qhabir jadi 40 tahun!

"Haih..." Nurin melepaskan keluh.

"Kenapa duduk seorang-seorang di sini Nurin?" soal Puan Siti.

Nurin menoleh. Dipandang wajah ibu mertuanya itu, satu senyum dia ukir. "Eh, ibu."

Puan Siti duduk di sebelah Nurin. "Nampak macam Nurin gelisah aje. Nurin ada masalah kah?"

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now