BAB 4

4.1K 174 7
                                    

LANA berkerut memandang Nurin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANA berkerut memandang Nurin. Dah kenapa pula sahabatnya itu? Mata sembab, merah lagi. Baru lepas nangiskah?

"Kau kenapa?" tanya Lana.

"Kau tak nampak ke mata aku ni? Aku nangis lah!"

"Yelah aku tahulah kau nangis. Tapi pasal apa? Sebab apa? Takkanlah kau nak nangis suka-suka je kan?"

Nurin tidak menjawab. Disedut hingusnya yang mahu meleleh keluar.

"Weh, kenapa?" tanya Lana lagi.

"Mak aku...dia nak aku kahwin."

"Kahwin? Kau? Dengan siapa?"

"Dengan anak Puan Siti."

"Oh my unta....Weh, seriuslah?"

Mata Nurin naik memandang Lana. "Ada nampak macam aku tengah berlawak ke sekarang?" dijeling Lana sekali.

Lana mengangguk. "Tak. Aku tak boleh bayangkan muka kau waktu kahwin. Weh, kesianlah dekat anak Puan Siti tu nanti kan?"

"Apa pasal pula dia yang kesian? Kesian kat aku lah sebab terpaksa kahwin dengan dia!"

"Alah, yelah, kesian dekat dia. Sebab kahwin dengan anak gadis yang nakal--pfft, itu lawak."

Nurin menolak Lana. "Sudahlah kau, kau pun sama juga menyakitkan hati."

"Eh, apa pula? Okey, aku minta maaf. Weh okeylah tu mak kau nak kahwinkan kau dengan anak Puan Siti."

"Okey apa bendanya? Aku kenal dengan anak dia pun tidak, dengan mak dia apatah lagi? Tup-tup, dia nak aku jadi menantu. Gila kan?"

Nurin merapatkan lututnya di dada, dia menekup wajahnya ke lutut. "Aku tak nak kahwin...Aku masih nak hidup single..." Nurin menangis lagi.

"Haih..." Lana mengusap belakang Nurin. "Sudahlah tu Nurin, nanti habis bengkak pula mata kau tu."

"Aku tak nak kahwin!" ucap Nurin kuat.

Lana menggaru kepala, macam mana pula dia mahu membantu Nurin? Tak akanlah dia mahu bilang pada emak Nurin yang Nurin tolak?

Tapi kasihanlah dekat Nurin, asyik menangis saja begini. Pintu bilik Nurin di ketuk membuatkan Lana bertoleh.

Puan Noor menguak daun pintu, dia menapak masuk ke dalam. Lana mengundur ke belakang untuk memberi ruang pada Puan Noor.

Puan Noor melabuhkan punggung di sebelah Nurin. Diusapnya kepala Nurin. "Mak buat semua ni bukannya nak seksa kamu, tapi nak buat kamu jadi orang yang lagi bertanggungjawab." Ujar Puan Noor.

Nurin mengangkat muka. "Tapi kenapa kahwin? Kan ada banyak lagi cara lain untuk buat Nurin lebih bertanggungjawab, kenapa kahwin juga mak pilih?"

"Sebab tanggungjawab sebagai isteri ni besar. Bila besar, akan memberi impak perubahan besar pada diri. Sebab itulah mak pilih untuk kahwinkan kamu."

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now