Selepas 5 bulan,
Nurin berjalan keluar menuju ke arah Qhabir yang duduk di tangga rumah.
"Abang," panggilnya membuatkan Qhabir menoleh ke arahnya.
"Ye sayang," balas Qhabir. Dia membantu Nurin yang dengan kandungan berusia 7 bulan itu.
"Abang...saya sakit belakang lah. Abang boleh tak tolong picitkan dekat belakanh?" pinta Nurin.
"Boleh sayang," kata Qhabir kemudian tersenyum. Dia memicit belakang Nurin yang sakit itu.
"Terima kasih abang," ucap Nurin.
"Sama-sama sayang," kata Qhabir pula.
"Baba! Umi!" panggil Qiela yang berlari daripada ayunan di dekat pangkin sana.
"Ye Qiela, kenapa?" tanya Nurin.
Qiela tersenyum. "Nak duduk ngan umi," kata Qiela menunding ke arah samping Nurin.
Nurin tersenyum.
"Hah, mehlah duduk dekat umi sini," ajaknya.
Pantas saja Qiela melabuhkan punggung di sebelah Nurin. Dia memegang perut Nurin yang sudah memboyot besar itu.
Nurin tersenyum.
"Suka eh?" kata Nurin.
Qiela mengangguk. "Ela suka ada adik! Baba baba, boleh tak kalau Ela nak adik ramai?"
Qhabir tertawa kecil. Dia mengusap kepala Qiela.
"Boleh takde masalah tu," kata Qhabir.
Qiela sudah menepuk tangan. Satu cubitan hinggap di peha Qhabir.
"Aduh, sakitlah sayang!" adu Qhabir.
"Hah itu makan dia. Abang ni kan, iya iya je apa Qiela kata. Jangan bagi dia harapan palsu abang," kata Nurin.
"Eh, sejak bila abang bagi harapan palsu pula? Betullah abang cakap..."
"Amboi, nak anak ramai ye? Anak ramai saya juga penat tau abang!"
Qhabir tertawa.
"Baba! Baba nak oren?" tiba-tiba Qoyyun datang daripada dapur membawa dua biji buah oren.
"Hah, Qoyyun ni. Habis kotor baju Qoyyun. Kenapa makan comot ni?" tegur Qhabir sebaik saja Qoyyun melabuh punggung di sebelah.
"Alah, Yun nak makan lah baba!" kata Qoyyun.
"Assalamualaikum sahabat!" laung Lana.
Nurin tersenyum.
"Waalaikumsalam...Eh, kenapa kau berbasikal ni Lana? Tahu tak, kau tu dah 3 bulan mengandung!" tegur Nurin.
"Saja nak excercise!" kata Lana selamba.
PON PON...Bunyi hon kereta. Kereta milik Farel.
"Ya Allah, Lana!" panggil Farel.
YOU ARE READING
MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️
Romance[ 07 | COMPLETE romance - humor ] *unedited* Kerana sifat degil dan nakal Nurin, dia dikahwinkan dengan Qhabir. NURIN, si gadis yang nakal dan degil. Ada sahaja benda yang dia buat serba tidak kena, pasti naik singa Puan Noor dengan sikapnya. QHABI...