BAB 9

4.4K 158 1
                                    

QHABIR melepaskan keluh panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

QHABIR melepaskan keluh panjang. Sudah seminggu Nurin tidak pulang ke rumah. Konon masih marah pada Qhabir. Bukannya Qhabir sengaja pun.

"Weh, Qhabir," panggil Farel. Farel ini kawan baik kepada Qhabir. Satu-satunya kawan pada Qhabir.

Qhabir menoleh ke arah Farel, senyum kecil dia ukir.

"Eh, Farel."

"Kenapa ni? Muka macam dalam masalah aje. Asal ni?" tanya Farel. Dia meneguk air dalam botol mineral putih.

Qhabir menggeleng.

"Takde apa lah. Aku cuma terfikirkan pasal anak-anak aku," dalihnya.

Farel menutup botol mineralnya. Di letak botol itu di tepi.

"Kau ni kalau ada masalah, tak nak pun kongsi dengan aku kan? Weh, aku ni kawan kau tau Qhabir. Ceritalah."

Qhabir mendiamkan diri. Patutkah dia ceritakan tentang hal dia dan Nurin?

"Kau tak pernah mengelamun panjang macamni tau Qhabir," kata Farel. Dia menghela nafas panjang. "Kau cerita jelah apa masalah kau dengan isteri kau tu," sambung Farel lagi.

Dia tahu sangat pada riak wajah Qhabir. Ada perkara apa lagi yang Qhabir mahu bimbangkan selain daripada isterinya? Yang keras hati, keras kepala itu?

"Cerita jelah Qhabir. Aku dengar ni hah," ujar Farel lagi. Dia mahu Qhabir menceritakan masalahnya pada dia. Dia tidak mahu Qhabir pendam sendiri sampai serabutkan otaknya.

Qhabir melepaskan nafas panjang. Dia tidak tahu mahu mula bagaimana.

"Aku tak tahu bahagian mana yang aku salah sampai isteri aku marah besar dekat aku. Aku bukannya sengaja pasal hal tu, takkan tu nak marah aku sampai berminggu?" Qhabir mulai bercerita.

"Apa hal yang korang gaduhkan sebenarnya?" tanya Farel.

"Kitorang tak gaduh Farel. Cuma ada salah faham. Ibu aku ada tanya pasal hubungan aku dengan Nurin. Aku cakap lah Nurin tak bersedia lagi nak ada anak, tapi bila ibu aku cakap dekat Nurin, Nurin kata ibu aku tanya dia kenapa dia tak boleh mengandung. Itu pasallah sampai sekarang masih marah dekat aku," panjang lebar Qhabir bercerita.

Farel mengangguk. Barulah dia faham ada apa sebenarnya terjadi.

"Haih, nak buat macam mana lagi Qhabir. Dah namanya anak muda kan? Kau bersabar jelah."

"Tak. Dekat mana aku salah sebenarnya ni? Kenapa sampai seminggu nak marah?" Qhabir menyoal. Mungkin tidak puas hati.

Farel menepuk bahu Qhabir.

"Aku faham perasaan kau Qhabir. Nurin tu sebenarnya baik, dia tak adalah kejam sangat sampai biarkan suami dia yang tampan lagi bergaya ni hah," sempat lagi Farel memuji.

"Dia tu keras hati je. Ego. Dia rasa tak puas hati, nak lagi bila kau cakap mak mertua kau yang paksa si Nurin tu terima pinangan mak kau. Itu yang buat dia marah kut. Jadi, bila dah ada peluang macamni, dia nak larikan diri."

"Kau rasa macamtu ke?" tanya Qhabir.

Farel sekadar angguk kecil.

"Aku ni tua sangat ke untuk dia?" soal Qhabir lagi.

"Tua? Kau? Eh Qhabir, setakat 38 tahun apa lah sangat. Yelah, umur jelah nampak tua tapi muka awet muda. Masih hensem bergaya lagi," ujar Farel.

"Kau tak payah risau lah. Nanti satu hari, mesti Nurin tu akan jadi isteri sebaik arwah Kirana," sambung Farel lagi.

Qhabir termenung. Nurin akan jadi sebaik Kirana? Jauh sekali. Nurin itu degil, keras kepala lagi. Kalau Kirana, lembut dan penyayang. Mustahil untuk sama.

"Yang kau ni fikirkan sangat pasal Nurin tu. Kau ni dah suka ke dekat dia?" soal Farel.

Qhabir menoleh.

"Apa kau cakap ni?"

"Alah, aku tanya je. Yelah, selama ni kalau korang tak bersama pun bukannya kau kisah. Lagipun kau juga cakap yang kau tu tak dapat nak lupakan Kirana. Sekarang ni apa citer?" Farel menjongket-jongketkan kening.

"Ish, jangan nak merepek lah," sanggah Qhabir.

"Alah, dah suka lah tu..." Farel tersenyum. Dah kalau sampai Qhabir teringat-ingat, tandanya dah suka lah tu.

Qhabir menggelengkan kepala. Apa pula dia suka? Sudahlah dia jarang sekali pandang muka Nurin, nak bercakap lagilah payah. Inikan pula nak suka? Fuh, jauh!

☼︎𖦹☼︎𖦹☼︎

Puan Noor mengetuk pintu bilik Nurin.

"Nurin, boleh mak masuk?"

"Masuklah," jawab Nurin.

Puan Noor menolak pintu, dia kemudian menjenguk ke dalam. Nurin yang bermain dengan telefon itu dia pandang sekejap. Kaki di bawa masuk ke dalam.

"Nurin," panggilnya. Puan Noor berjalan menuju ke katil Nurin.

"Kenapa mak?" soal Nurin. Dia bangun daripada baringnya kemudian duduk bersila menghadap Puan Noor.

"Mak sebenarnya ada benda nak cakap dengan kamu," tutur Puan Noor.

"Hm, apa dia?"

Puan Noor memandang wajah Nurin buat seketika.

"Kenapa Nurin abaikan Qhabir?"

Nama Qhabir melekat pada pendengaran Nurin. Mulalah dia merasa panas.

"Yang mak nak tanya dia tiba-tiba ni kenapa?"

"Mak saja nak tanya. Kenapa? Tahu tak, berdosa besar kalau isteri derhaka dengan suami." Puan Noor menatap kedua anak mata Nurin.

Nurin menghela nafas panjang.

"Nurin tak derhaka dengan Qhabir. Nurin cuma-"

Puan Noor memintas. "Nurin nak larikan diri daripada Qhabir. Macam begitu ke Nurin?"

Nurin terdiam.

"Nurin, tak elok buat dekat suami macamtu. Kan elok kalau berbincang dan selesaikan masalah cara elok? Kesian tau dekat Qhabir. Nurin tinggalkan dia, Nurin abaikan dia, itu dah namanya derhaka tau." Sambung Puan Noor.

"Nurin malaslah nak jumpa dengan dia. Hati Nurin ni rasa panas bila nampak muka dia. Nurin tak suka dia mak!" bentak Nurin. Dia menjeling.

Puan Noor mengambil lembut tangan Nurin. Di bawa ke pegangannya.

"Suka atau tidak, Qhabir tu suami Nurin. Bila dah jadi suami, Nurin kenalah dengar cakap dia. Kalau Nurin terus menerus larikan diri macamni, Nurin tak akan jumpa jalan keluar."

Nurin menghembus nafas panjang. Dia menarik tangan dari pegangan emaknya.

"Dahlah. Mak pergilah tidur. Nurin dah mengantuk lah. Nanti jelah bincang pasal ni," dalih Nurin. Dia menarik selimut naik hingga menutup wajahnya.

Puan Noor menggelengkan kepala. Kenapa dengan Nurin ini? Setahu dia Nurin memanglah nakal, memanglah degil. Tapi bukan hati batu begini!

...bersambung

MARRIED TO ENCIK DUDA ✅️Where stories live. Discover now