❛❛EIGHTEEN ✧

2.1K 72 5
                                    

                                               DALAM kesibukan sehari sehari mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DALAM kesibukan sehari sehari mereka.. tanpa sedar, hanya tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum mereka bergelar pasangan suami isteri. Rasa gembira yang dia rasakan membuatkan Izz kerap kali tersenyum sendiri.

"Alahai boss.. senyum senyum dari tadi lagi ada apa apa ke ni" tanya salah seorang staffnya membuatkan yang lain turut sama panasaran.

Tapi Izz masih sama. Masih hilang dalam dunianya sendiri.

"Dah terlanjur awak bertanya dan boss awak nampak macam taknak jawab sebab dah terbang melayang, apa kata kalau saya yang menjawab. Boleh?" tanya Ash sambil tersenyum manis.

"Sure. Encik Ash kan rapat dengan dia" katanya lagi sambil mengangkat ibu jari.

"Dia nak kahwin hujung minggu ni" kata Ash membuatkan semua staff melongo sebelum mereka bertanya serentak.

"Kahwin?! biar betul?" jerit mereka tak percaya.

Izz yang tenggellam dalam dunianya terkejut apabila mendengar jeritan mereka.

"Apa yang betul?" tanya Izz dengan suara yang hampir sahaja tidak kedengaran.

Wajah wajah yang sedang mengharap jawapannya itu dipandang dengan rasa bingung. Ash pula dah bantai gelak. Siapa suruh kau berangan bro?

"Boss nak kahwin? betul ke?" tanya seseorang membuatkan senyuman dibibir Izz terbit buat kesekian kalinya.

"Jawab dulu soalan tu sebelum kau melayang balik ke dunia kau" kata Ash sambil menghadiahkan sepitan ketam yang kuat dilengan sahabatnya itu.

"Bro.. you kidding me? macam mana kalau lengan aku lebam? Tak macho la kalau isteri aku tengok nanti" rungut Izz sambil menggosok lengannya.

"hehe.. kau yang tengah bergurau sekarang ni. Nak bercakap tu tengok orang la bro.. kau bercakap dengan orang yang single. Kau expect aku tak cemburu ke dengar kau sebut perkataan isteri?" tanya Ash dengan wajah geram.

"ouh.. kau single?" tanya Izz dengan memek muka yang mula berubah.

"Yelah. Aku single and available lagi tau" kata Ash tidak mahu kalah.

"Serius ni? Aku bagi kau peluang untuk hidup ni" kata Izz lagi.

"Yelah, buat apa bohong? Daripada layan kau baik aku tengok muka Cik Rita yang manis ni" kata Ash sambil mengenyitkan matanya pada staff yang bernama Rita itu.

"okay i got you" kata Izz sambil tersenyum jahat.

"And untuk soalan you, yes. I nak kahwin hujung minggu ni. Kalau awak semua ada masa datang la ya.. nanti saya bagi kad jemputan" kata Izz lembut berserta dengan senyuman manis.

"wow, congrats! Ni tak lain dan tak bukan.. mesti Cik Kayla kan?" kata staff itu sambil mengenyitkan mata sebelum dia ketawa kecil.

"Of course.. the one and only tu" kata Ash dengan tawa suka apabila dia melihat wajah Izz dah bengang teruks.

My Special Boss [Editing]Where stories live. Discover now