RAMBUTNYA yang basah itu dikeringkan menggunakan tuala terlebih dahulu sebelum hair dryer diambil. Saat dia sedang mngeringkan rambutnya tiba tiba ada sepasang tangan melingkar dipinggangnya.
"Izz.. saya nak keringkan rambut ni" kata Kayla sa,bil menepis lembut tangan suaminya.
"Izz? Saya?" tanya Izz sambil mengemaskan rangkulannya di pinggang Kayla.
"yelah.. habistu awak nak suruh saya panggil awak apa?" tanya Kayla dengan wajah yang polos.
"Sayang panggil apa tadi?" tanya Izz sengaja sambil membalikkan tubuh Kayla menhadapnya.
Tangannya yang panjang pantas merampas hair dryer yang ada ditangan Kayla sebelum dia meletakkannya kembali diatas meja solek.
"Awak" balas Kayla dengan wajah tanpa dosanya.
Cup!
Badan Kayla mengeras apabila pipinya disapa sesuatu yang lembut.
"Awak ke--"
cup!
"Awak--"
cup! cup!
"Stop! awak kenapa ni?" tanya Kayla sambil menolak wajah Izz menjauhinya.
"Sekali lagi Kayla panggil abang 'awak' lunyai pipi Kayla abang kerjakan" kata Izz sambil tersenyum nakal.
"saya nak keringkan rambut dulu.. nanti saya fikir la macam mana" kata Kayla sebelum dia kembali mengambil hair dryer itu.
"Sini abang keringkan" kata Izz sambil menyuruh Kayla mematikan hair dryer.
Kayla hanya menurut sebelum dia duduk dibirai katil apabila Izz mengarahkannya untuk berbuat begitu.
"Kenapa tak guna hair dryer je?" tanya Kayla aneh sambil merenung Izz yang sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.
"Sayang ni kan.. cakap je suka baca novel. Takkan benda simple macam ni pun taktahu?" sindir Izz sambil mencebik.
Orang nak acah acah romantik sikit pun tak boleh.
"Laa suami saya nak jadi macam hero dalam novel rupanya" kata Kayla sambil ketawa kecil.
"Sayang potong line je" kata Izz sambil menjeling manja isterinya yng sedang ketawa lucu itu.
"sorry" kata Kayla dengan tawa yang masih belum selesai.
"Ketawa la puas puas! Abang nak tido" kata Izz acah acah merajuk sebelum tuala yang ada ditangannya diberikan kepada Kayla.
Tawa Kayla mati serta merta. Alamak! dia merajuk ke?
"Tuan Izz.." panggil Kayla meleret sambil menarik hujung baju Izz yang sedang berbaring membelakanginya.
Apalah kau ni Kayla! Tak pasal pasal orang lain malam pertama dapat pahala, kau pula dapat dosa sebab ketawakan suami sampai merajuk.
YOU ARE READING
My Special Boss [Editing]
RomanceIZZ ADRIAN, dia merupakan pemilik Empero Empire yang gah. Sebut sahaja namanya, pasti semua tahu tentangnya. Apatah lagi para gadis! Tengok pun dah histeria apatah lagi ditegur. Mahu masuk ICU diorang! Tapi lelaki itu dingin. Susah nak dekat dengan...