IZZ ADRIAN, dia merupakan pemilik Empero Empire yang gah. Sebut sahaja namanya, pasti semua tahu tentangnya. Apatah lagi para gadis! Tengok pun dah histeria apatah lagi ditegur. Mahu masuk ICU diorang! Tapi lelaki itu dingin. Susah nak dekat dengan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"ASSALAMMUALAIKUM!" salam diberi serentak sebelum mereka membuka pintu rumah.
"Mama! I'm back" kata Izz sambil landing kat atas sofa.
"Izz naik mandi tak payah nak landing kat situ sangat" jerit Puan Sri Isma dari arah dapur.
"Tuan Izz naik mandi la dulu saya nak ke dapur.. tolong Puan Sri" kata Kayla lalu bangun dari duduknya.
"Hah kamu pun Kayla! Naik rehat tak payah ngada ngada nak tolong mama kat dapur" kata Puan Sri Isma pula.
"Tapi Puan Sri.."
"Mama taknak dengar apa apa.. korang naik dulu mandi rehat lepastu baru turun" kata Puan Sri sebelum berlalu kedapur.
"Mama? Telinga aku salah dengar kot" gumam Kayla sendiri
"Tak.. kau tak salah dengar.. betullah. Mama" kata Izz sebelum berlalu meninggalkannya yang tercengang.
"Aduhai malunya aku!" Jeritnya tanpa suara.
Dia bangun dari duduk untuk naik kebilik yang biasa dia diami tetapi tiba tiba..
"Mama!!" Jeritan Izz memenuhi ruang banglo itu.
Kayla dah tak fikir apa apa dah! Rempuh je masuk bilik Izz.
"Tuan I.." belum sempat dia menghabiskan kata katanya.. tubuhnya terlebih dahulu dipeluk oleh tangan sasa milik Izz.
"Tu.. tuan Iz..z" panggilnya dengan nada gagap tetapi tangannya tetap juga naik untuk menenamgkan lelaki itu.
"Kayla.. Dia datang lagi.." katanya dengan nafas tercungap cungap sambil mengemaskan pelukan.
"Ya Tuan Izz" Kayla masih cuba menenangkan Izz walaupun dia sedar keadaan mereka saat ini salah.
"Izz.." panggil Puan Sri Isma dengan nada perlahan kerana terkejut dengan apa yang dijamu oleh matanya.
"Pu..puan Sri" kata Kayla tergagap gagap sambil merungkaikan pelukan Izz.
"Kayla.. stay still please" kata Izz lagi sambil mengemaskan pelukan.
"Mama turun dulu.. jangan apa apakan pula anak dara orang tu Izz" katanya sebelum dia keluar dari situ.
"Tuan Izz.. Tuan rehat dulu eh?" Kata Kayla masih memujuk.
"Aku.." kata katanya terhenti disitu.
"Saya teman.." jawab Kayla pula seakan akan faham walaupun kata kata Izz tidak bersambung.
Tubuh Izz dibawa kekatil untuk dibaringkan disana. Dia mula berasa tidak enak badan apabila tiba tiba sahaja bulu tengkuknya naik seperti ditiup sesuatu.
"Kayla.." seru Izz membuatkan dia terperanjat.
"Kau kenapa?" Tanya Izz lagi.
Kayla berasa makin tak selesa tapi dia tidak tahu dari mana datangnya benda tu.