SEMINGGU sudah berlalu sejak pertemuan mereka dikafe itu.. hubungan mereka juga semakin baik kerana hari hari Izz berkunjung disitu.
"NURWARDAH!" Jerit Kayla kuat apabila dia masuk ke ruang tamu rumahnya.
"Hehe.. ye" jawab Kayla takut takut.
"kenapa kau tinggal aku sorang sorang hah?!" Marah Kayla lagi.
"Manalah aku tahu kau ada kat dalam.. Aina cakap kau dah balik dengan Izz" jawab Wardah pula.
"Bila masa siot aku balik dengan Izz?" Tanya Kayla dengan wajah cemberut.
"Jadi kau balik dengan sape ni?" Tanya Wardah lagi.
"Jalan kaki la!" Kata Kayla sambil menghentakkan kakinya dan berlalu naik keatas
"Aduh Nurwardah.. pandai sangat cari masalah sekarang tanggunglah kau" katanya sendiri.
Sebenarnya tadi dia sengaja tinggal Kayla tapi tak sangka pula ini yang jadi.
"Aduh gawat! Mampos gue.. mama bantuin dong!" Ambik kau.. keluar slang indonesia celup dia.
"Wardah! Mana baju baju aku?!" Jerit Kayla dari tingkat atas.
"Ermm.. mama aku ajak kau balik kampung sekali so aku pack la baju kau awal awal" jawab Wardah.
"Seriously?!" Tanya Kayla dengan mata membuntang.
"Haah.. lagi 30 minit dia sampai" jawab Wardah masih lagi takut takut.
"Kenapalah kau tak cakap awal awal Wardahku sayang oi?" tanya Kayla sambil menjentik dahi Wardah.
"Aku takut kau taknak ikut je" kata Wardah sambil memandang lantai.
"Alah kau ni! Kalau kampung kau.. aku sentiasa on! Lagipun aku dah lama teringin nak ke kelantan" Balas Kayla gembira sambil memeluk sahabatnya.
"Oh gosh! Sayang kau" kata Wardah pula sambil membalas pelukan Kayla.
Kemudia tawa kedua duanya bergabung apabila teringatkan perangai kebudak budakan mereka.
"Aku naik mandi la jap.. nanti mama kau sampai pula" kata Kayla sebelum berlalu meninggalkan Wardah.
"Fuh.. nasib baik mood dia okay kalau tak.. patah la tulang aku kena bantai dengan dia" kata Wardah lega.
"Aku dengar tau!" Jerit Kayla dari atas.
"Alamak! Ampun mbak jago" katanya sambil ketawa.
PERJALANAN mereka hanyalah ditemani dengan lagu lagu diradio sahaja. Sunyi. Takde langsung vibe nak balik kampung. Kayla mengerling Izz yang berada di kerusi sebelah pemandu itu.
YOU ARE READING
My Special Boss [Editing]
RomanceIZZ ADRIAN, dia merupakan pemilik Empero Empire yang gah. Sebut sahaja namanya, pasti semua tahu tentangnya. Apatah lagi para gadis! Tengok pun dah histeria apatah lagi ditegur. Mahu masuk ICU diorang! Tapi lelaki itu dingin. Susah nak dekat dengan...