HARI demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan telahpun berlalu. Tuan Syahra Amanda juga makin membesar namun hubungan mereka suami isteri masih sama. Dingin.
"Syahra! Jom mandi lepastu pergi kerja!" kata Izz sambil menggendong putrinya yang sudah mahu memasuki angka 8 bulan itu.
Begitulah rutin hariannya sejak 8 bulan yang lalu. Selepas sahaja siap dirinya, dia akan memandikan Syahra dan mendandan anak gadisnya itu.
"Dah besar princess daddy ni.. mesti sayang penatkan jalan jalan dengan mummy semalam?" tanya Izz sambil mengeringkan anaknya dengan menggunakan tuala.
"Dada~" panggil Syahra dengn nada yang masih pelat.
"Dada? Daddy la sayang" kata Izz sambil mencuit pipi tembam anaknya itu.
"Dadaa~" ulang Syahra sambil menunjukkan gusinya.
"Dadaa pun dadaa la" kata Izz sambil menyarungkan baju ketubuh anaknya itu.
Si kecil itu hanya tersenyum suka apabila daddynya itu kelihatan seperti sudah menyerah kalah mengajarinya.
"Mana sikat rambut?" tanya Izz pada anak gadisnya yang tidak tahu apa apa itu
Izz ketawa kecil sebelum dia menyikat rambut anaknya yang lebat itu.
"Dadadaaa" kata Syahra membuatkan tawa Izz makin kuat.
Alahai anak.. macam tahu tahu je daddy tengah susah hati. Monolog Izz sendiri.
"Ok done! Let's go" kata Izz sebelum anaknya itu digendong turun kekereta.
Anak gadisnya diletakkan dengan cermat sebelum tali pinggang keselamatan dipakai.
"Ready to go? clap your hand if you're ready" kata Izz seperti hari hari sebelumnya.
Syahra hanya menepuk nepuk tangannya tanda memahami apa yang dikatakan oleh daddynya itu.
"Goodgirl!" kata Izz sebelum dia menarik brek dan keretanya dibawa dalam kelajuan sederhana menuju kearah Empero Empire.
Disebabkan jalan yang agak sesak dia tiba lewat dipejabat dan Syahra yang tadinya ceria sudahpun terlelap.
"Alolo sayang daddy ni" kata Izz berbisik sebelum dia mengangkat anaknya dengan berhati hati agar tidak terjaga.
Dengan langkah perlahan dia terus memasuki pintu utama tanpa banyak soal.
"Izzzzzzzzz..." panggilan Ash berhenti apabila Izz menjegilkan mata kepadanya sambil mneunjuk kearah Syahra yang sedang nyenyak.
"Sorry" kata Ash tanpa suara.
"come" kata Izz sambil masuk kedalam lif peribadi mililknya diikuti oleh Ash apabila diberi arahan.
YOU ARE READING
My Special Boss [Editing]
RomanceIZZ ADRIAN, dia merupakan pemilik Empero Empire yang gah. Sebut sahaja namanya, pasti semua tahu tentangnya. Apatah lagi para gadis! Tengok pun dah histeria apatah lagi ditegur. Mahu masuk ICU diorang! Tapi lelaki itu dingin. Susah nak dekat dengan...